Catatan 200

Ini catatan terakhirku di laman ini. Biasalah dah denap dua ‘abad’ bilangannya. Ia catatan santai dalam diari hidup ku. Biasa-biasa jer. Tak ada istimewanya pun.

Ohh… andai hari ini –vkvkv– ada insan baharu dalam hidupnya. Tahniahler. Kalau esok… lagi bertuah dan tahniah banyak-banyak untuknya. Kalau semalam….terlambat sehari dah aku sepatutnya aku ucapkan tahniah.

Tetapi hari ini adalah hari lahir -vkvkv- untuk yang ke-35. Genap juga untuk ke-4 cahayamatanya. Mudah-mudahan yang ke-5 ada rezeki untukku. Apapun, dia tetap sahabat istimewaku di hati ini. Aku bahagia, melihat dirinya bahagia.

Dah itu suratannya. Nak buat macam mana. Aku redha. Iyer. Walaupun seperti terpaksa redha. Tetapi aku mesti belajar redha. Segalanya sudah ditentukan.

Catatan 199

Sebulan lagi genap usiaku seperti yang aku nanti-nantikan…

Semakin tua aku. Banyak yang aku impikan lewat beberapa dekad lalu seperti tersasar. Ntahlah. Sekurang-kurangnya aku dah berusaha sebaik mungkin. Aku berusaha ingin mencapai dalam tempoh ini.

Mungkin gagal. Atau mungkin tidak berjaya. Mengaku jelah. Anda gagal. Tak luak pun. Kepada sesiapa yang pernah mengenali diri ini…itulah aku. Aku tak akan kenal erti putus asa.

Kalau itu sudah suratan. Redha. Itulah takdir yang perlu aku terima. Iya. Alhamdulillah.

Namun bukan bermaksud aku hendak melawan takdir. Aku berusaha. Namun usaha itu tentu dikadarkan dengan masa yang ada. Jangan tersasar yang lain. Itu sentiasa aku ingatkan untuk diri ini. Bukan satu impian aku. Banyak lagi.

Bukan ker satu kosong tiga…

Ini catatan yang terakhir di laman ini sebelum rasminya aku tutup masa -vkvkv- akan ber***** nanti. Kata akak aku 24hb nanti sempena hari jadinya. SubhanaLLah. Seronoknya andai dia isteriku.

Apapun tahniah untuknya. Aku bahagia melihat sahabat istimewaku bahagia.

Catatan 198

Pulang sampai ke rumah, seperti kelaziman menghadap emak yang menjadi amanah dan tanggungjawab utamaku saban hari…

Bersalam…mencium tangan dan kedua pipinya….

Emak dah makan??

Sambil mengangguk, emak bercerita tentang makanan dan nasi yang ditinggalkan sedikit untuk aku jika hendak menjamah nasi mengalas perut seketika. Aku melayannya, walau sebenarnya aku masih kenyang. Aku menghabiskan nasi yang ditinggalkan supaya dia rasa gembira, puas dan dihargai walau pagi tadi aku yang menyediakannya untuk dia makan dahulu jika aku lewat pulang.

Aku hendak jadi anak yang solleh. Inilah peluang yang ada untuk berbakti dan meraih sebanyak ganjaran. Aku tiada peluang lain seperti sepertimana orang lain. Walau belum dikurnia zuriat, namun aku masih ada emak. Itulah azimat yang aku pegang. Mudah-mudahan aku akan berpeluang merasai seronoknya melayan kaletah anak-anak.

“C****….nak main dam haji boleh!!?”
“Ok…nanti c**** ambilkan.”
“Jangan lupa bawa ‘karpet’nya sekali…!”, dia mengingatkan lagi bersungguh…
“Tapi, saya belum gosok gigi lagi..!” Dia bersuara mengingatkan dirinya sendiri.
“Takper…Iman pergi gosok gigi…c**** ambil dadu dan dam haji.”

Hmmmm….begitulah aku melayan murid. Antara rindu dan tanggungjawab. Disini aku mengubat dan menghiburkan hati.

Selang dua tiga minit, aku kembali memegang dadu dan ‘karpet’ yang dia minta. Tup tup dia sudah benjol menahan bengkak di kepala sambil menangis sekuat hati.

Masha Allah…dah macam ikan Flower Horn…

Aku mendapatkan dan memujuknya. Dia masih menangis menahan sakit. Aku menuam dengan air batu yang dibungkus tuala kecil.

“Sakit…sakit….sakit……!!!!!”, dia berkata menahan sakit dan terus menangis.

A**** (-Vkvkv-) memandang dan memerhati dari dekat aku melayan murid. -Vkvkv- duduk berhampiran memerhati aku di sebelah berhampiran Iman.

“Tak apa Iman, benjol Iman ni masih kecik….Kakak punya benjol ni, lagi besar!”, aku memujuk lebih kepada melawak merujuk sahabat istimewa yang aku rasa semakin jauh di hati.

“Bengong!!”, tetiba -vkvkv- menjawab sambil ketawa diiringi tawa rakan-rakan lain.

Hahahaaa…

Catatan 197

“Makin jauh hati kita…hu3”

Begitulah catatan terakhir petang tadi untuknya. Sebelum itu aku kirimkan bukti aku baru sahaja transfer akaun ke akaun miliknya.

Ntahlah, aku lebih percayakannya berbanding yang lain. Namun yang lain bukan aku tak percaya. Cuma dia istimewa rasa kepercayaannya itu.

Ini bukan kali pertama aku memindahkan wang ke akaunnya untuk urusan yang sama seperti mana kira-kira tiga atau empat tahun yang lalu. Amaunnya lebih kurang separuh daripada yang aku transfer petang tadi.

Dan aku pun tak pernah tanya-tanya lagi ke mana dia membelanjakannya waktu itu. Aku yakin benar, dia belanja untuk kepentingannya yang hak. Bukan atas kepentingan peribadi. Iyer. Sungguh. Pernah juga dia memberitahu ia dibelanjakan untuk membeli keperluan itu dan ini. Itu pun, aku tak pernah tanya. Dia sendiri yang berbicara.

Aku setuju sepenuh hati.

Dan tadi, ntah macam mana aku terbuka hati untuk melakukannya lagi….
Pastinya dia sentiasa istimewa di hati ini…

ahhss… jiwang plak bunyinya…!
Janganlah muntah…he3

Catatan 196

Bengap…..

Tetiba sewaktu selepas mengetip waktu keluar dari pejabat terdengar seseorang bersuara…

“muka manis belakang masam…!”

lebih kurang begitulah frasa yang aku dengari. Aku toleh kanan kiri. Sah memang kami berdua sahaja.

Haa…ini mesti kes tak puas hati dalam mesyuarat semalam. Memang sehari sebelumnya lepas mesyuarat terus balik mengejar waktu dan pagi keesokannya itu baru bersua bekerja semula.

Tak apa, akan aku basuh semula dalam mesyuarat berikutnya nanti.

Kes lain….

Dalam aku sedikit kelam kabut kerana membuat aktiviti pagi ini, aku bingung seketika melepaskan awal.

Akak aku menegur. Tetapi lepas itu mengingatkan tak apa, jangan kecoh-kecoh. Iyer aku memang terlupa dan tersilap. Namun akak aku mencadangkan memanggil semula yang terlepas tadi.

Aku segera keluar mencari. Ahh…sudah. -Vkvkv- ada disitu plak. Aku membatalkan niatku. Lalu aku kembali semula bercerita mengadu kepada akak aku membereskan kerja-kerja aku yang perlu diselesaikan segera sebelum mengetip kad perakam waktu untuk pulang.

“Mengada-ngada ler kau ni Z**….!”, akak aku bersuara.

Nak wat camana… nanti aku tak boleh tidur malam.

Catatan 195

Nur Atira Sofeya….

Hmm…berjalan-jalan disamping makciknya di petang itu. Hmm…comelnya. Secomel namanya. Aku perhatikan keletahnya berjalan tanpa aku menegurnya. Aku berada di dalam kereta dan dia berjalan perlahan melintasi hadapanku. Seketika kemudian, dia berlalu melintasi dihadapanku lagi. Tanpa melepaskan peluang aku menegurnya sambil melihat keletahnya sambil diawasi makciknya.

Babaaiii…. aku berkata sambil melambai tangannya di akhir bicara. Subhanallah. Bertuahnya mereka. Aku kepingin sungguh Ya Allah. Sampai lewat malam aku mengenang keletahnya.

Dua hari lalu, akak aku menasihatiku…
“Kau ni salah doa ler Z**…!”
“Patutlah kau tak boleh melupakannya”, dia menambah hujahnya lagi.

Aku terdiam seketika. Memikir. Hmm…mungkin betul juga kata ustazah.
Aku perlu direct dalam berdoa…

“Ya Allah…tambahkan lah lagi isteriku….”
KALAULAH DIA….(dot dot dot), dah lama sy nak minta tlg akak…(dot dot dot)….

Biar masa dan situasi yang menentukan. Aku hanya mencatat apa yang aku rasa. Jangan tension. Suka-suka jer.

Bukankah 103…..
Hahaahaaa..

Lepas ni rindu aku 3 bulan…

Catatan 194

Lobok….

Hmmm…ketawa aku mendengar seorang akak memberi komen. Akak aku yang amat aku hormati juga ketawa ketika aku cuba membantunya membina kereta olok-olok untuk tugasan pagi semalam.

Sebenarnya, aku bukan fokus sangat pun pada tugasan kumpulan itu. Tetapi aku fokus pada sesuatu yang sentiasa menarik minat hati ini. Hmmmm… nak buat macam mana. Segera aku teringat sesuatu yang menjadi hiasan pada paparan salah satu media sosialnya.

photo

Catatan 193

Aku bukan nak cari salah orang. Jauh sekali aku nak kata orang itu orang ini buat kerja atau tidak kerja. Yang penting, jangan orang lain salahkan aku yang tak buat kerja. Dan kalu boleh janganlah saling menyalahkan menuding jari antara satu sama lin tak buat kerja. Itu intipati aku membuat mesyuarat pada petang tadi.

Alhamdulillah. Namun, di hati ini tetiba terdetik sesuatu. Seperti ada yang terkurang di hati ini yang aku rasa. Hmmm… dia tiada. Dia tak dapat masuk mesyuarat sama kerana ada urusan dengan doktor katanya. Ntahlah. Pasti ke tidak alasan yang sampai ke telinga ku tadi.

Namun sempat juga aku mengorek dari akak aku… dijangka sama dengan tarikh hari lahirnya. Hmmm… tahniahler…. 35 tahun untuk yang keempat. Jeles aku rasa. Namun, nak buat macam mana. Dah itu takdirnya.

Hanya kepaMu Ya ALLAH, sentiasa aku bermunajat menyatakan hajat dan rinduku ini. Menyintai tidak semestinya memiliki…itulah pesanan ustazah.

Catatan 192

Opportunitis…

Kata orang sikap demikian bagus. Tapi tidak bagi diriku. Biarlah apa orang kata. Ular menyusur akar tidak akan menghilangkan bisanya.

Tetiba, haritu dia membisik kepada seorang teman, kemudian teman itu datang mengambil dokumen penting dan diberikan kepadanya. kemudian dia membentang dengan tujuan aku percaya dia mengambil kredit terhadap kelebihan orang lain yang dia sedikit pun tiada sumbangan pada potensi teman itu.

Dia hanya mengambil kesempatan atau seakan menumpang kononnya dialah yang menyebabkan dia mempunyai daya kerja sebaik itu.

Dia hanya mengambil kebaikan itu sebagai sumbangan dia untuk dapat meningkatkan peluang diri atau mendapatkan apa yang dia hajati sahaja. Bullshittt….

Itu bukan prinsipku. Mungkin dia terbaik. Tetapi aku tidak sama sekali setuju dengan tindakan itu.

Nota: Dia bukanlah -vkvkv- yer…

Catatan 191

Geseng…

Lebih kurang macam tu ler ungkapan yang terpacul. Seharian berpanas sempena hari sukan sekolah yang diadakan untuk kawasan selatan. Bersama-nya juga ada promosi sukan peringkat nasional yang bakal berlangsung bulan 8 nanti. Meriah ler juga. Pastinya memenatkan.

Esok pula ada pemantauan. Membosankan itu dah pasti. Apapun itu dah kerja mereka. Aku tetap macam ni. Melihat dari jauh sahabat istimewaku yang menanti detik yang ditunggu untuknya. Aku tidak. Aku nak emaknya. Hehehee… tentu marah ustazah bila membaca komen ku ini.

Hari ini dia mempelawa aku, air kopi panas tika aku sibuk mencari air untuk membasahkan tekak. Tetapi aku tidak mengambilnya pun. Aku jual mahal. Heheeheeee….

Memanglah. Makin manis aku pandang wajahnya. Dia semakin diam kini…. Agaknyalah. Itu penilaian aku sejak kebelakangan ini. Tak apalah. Aku tak kecik hati pun. Sedikit cemburu tu adalah. Hmmm….bilalah aku ada rezeki sepertinya. Ataupun, bilalah aku ada rezeki denganya. Sudah…sudahhh…