Catatan 171

Cukup Sudah.

Tiada lagi catatan itu di sini. Biar masa menentukan. Aku tak pasti. Ia seperti ada sepakat antara mereka. Untuk memboikot mungkin. Bukan mengalah. Cuma mencari angin. Mana tahu bayu di laman baru nanti lebih menarik dan nyaman. Begitulah harapan.

.

.

Ke mana perginya hati…Ke mana hilangnya rasa….Ku takkan berkecil hati….Ku takkan rasa kecewa…Walau pedih pilu di hati… Kau kuiring senyum mesra…

…Kering kini taman sanubari..tiada lagi senyum indah….

.

.

Catatan lalu, akan tiba masanya juga lupus dari catatan laman. Ia terlalu peribadi buat seseorang.

Bye..

Catatan 170

Gelang 8

Seorang kawan mengajak aku berjumpa kenalannya di suatu petang. Tanpa sebarang persoalan, aku bersetuju dengan cadangannya.

Setelah diberi penerangan, aku bersetuju mendapatkannya dari kenalan yang baru pertama kali aku jumpa. Tak ada masalah. Aku bersetuju. Setelah mencuba pertama kali nampak kesannya.

Bertambah rajin. Bersemangat. Tak perlu nak tunggu lama seperti sebelum ini. Harga pun boleh tahan juga. Kawan itu pun baru juga membeli dan memakainya.

Esoknya kawan itu bertanya.

“Hmmm…susah aku nak bukak!!”, aku berseloroh berterus terang.

“Siot ngko…!!”, ujarnya sambil ketawa.

Kawan tadi menambah, kalau aku nak ber****, kena tunggu dua tiga hari lagi.

“Mana. Dah cuti dah….”, aku menjawab.

Kami berdua ketawa kecil. Rakan-rakan lain yang lalu lalang tak faham yang aku bincangkan.

Tentu yang baca catatan ini pun, lagi ler tak faham. Tak apa. Ini catatan sahaja. Yang faham, fahamkan kepada yang tak faham. Yang tak faham, tanya kepada yang dah faham. Faham-faham jerlah!!

OK.

r0vcqey

Catatan 169

Aku masuk seperti kebiasaannya. Namun aku tidak memberi kerja untuknya. Nampak, dia sibuk melayan budak untuk urus diri sebelum waktu rehat. Aku pun tidak menegurnya secara langsung. Ntahlah kelu agaknya lidah.

Dia menolong menyiapkan kerja seorang kawan yang aku meminta tolong untuk menyiapkan kerja sebelum diberi kepada murid. Hmm, pandai dia menyesuaikan diri. Walaupun kerja tadi aku tidak memberi kepadanya, tetapi dia membantu menyiapkan kerja yang aku beri pada kawannya. Baguslah.

Masuk ke kelas berikutnya selepas aku ada sedikit hal di luar, dia sudah ada di dalam kelas. Aku pun sama perangainya seperti kelas sebelumnya dengan tidak memberi kerja untuknya. Dia seperti mengelak untuk bercakap dengan aku. Aku pun tak kesah. Aku sendiri pun kelu nak cakap dengannya. Kelu lidahku bila bertentang mata dengannya. Apapun dia membantu melancarkan lagi tugasan aku dengan sama-sama membimbing murid yang aku bagi tugasan pada buku aktiviti. Sebelum itu, set induksiku ringkas sahaja dengan meminta murid menyusun mengikut urutan menaik. Dia memerhati sahaja dari sisi.

Aku tak ada idea nak cerita apa. Sesekali dia melihat juga kerja pada program sekolah yang aku beri kepada seorang kawan. Kawan itu menyiapkannya di kelas sebelah. Mungkin dalam hatinya berkata…

‘Hai…dia di bagi kerja, aku tak dibagi kerja plak!’ Agaknyalah….manalah aku tahu hati orang.

Pastinya, hatiku sentiasa suka kat dia… Hahaahaaa… janganlah marah! Kan ini catatan suka suka…

 

Catatan 168

Hari ini walau tidak berpeluang menyapanya kerana aku sibuk dengan rutin dan tanggungjawab yang diberi pada program besar tempat aku bekerja, namun sempat juga aku merenung wajahnya pagi tadi. Dia tidak perasan. Mungkin dia mengelak juga. Masa di kelas, aku berlalu di hadapan pintu, dia memerhati tetapi aku tak menyapanya.

Sajer… nak jual mahal. Aku buat-buat tak nampak dia. Heheeheeee….! Walhal sebenarnya aku mula menerawang masa memerhatinya awal pagi. Memang persis sebijik macam buah epal. Iyer… bukan buah epal yang aku nak cerita. Buah epal memang setiap malam aku tak pernah tinggal. Kekadang makan cam tu. Kekadang buat jus. Kekadang aku pegang jer sampai pagi! Tetapi dia sebijik macam buah epal. Iyer, sebijik persis macam cinta pertamaku.

Sukarnya aku nak melupakan kenangan lalu..! Terima kasih epal! Oppss…epal plak!! Terima kasih sahabatku…! Tak pasal2 awak istimewa di hati ini! Terima kasih Sahabat Istimewaku!! Terima kasih Sayang!!

terima-kasih-jpg1

Tetiba aku rindu pada kenangan lalu. Kenangan yang menjadi sumber inspirasi impian hidupku.

Mungkin orang kata, aku hidup penuh kenangan. Tetapi, kenangan aku begitu berharga dalam hidup ini. Ianya menjadi penanda aras dalam impian hidup yang ingin dicapai. Sesungguhnya hari ini adalah kenyataan, hari esok adalah impian dan semalam adalah kenangan. Pandanglah hari esok penuh dengan harapan yang menjadikan semalam sebagai iktibar dan panduan.

Aku tidak memandang semalam sebagai penyesalan. Namun kenangan semalam membuat diri ini sentiasa sedar akan perancangan hambaNYA yang sentiasa perlu mengabdi kepada perancangan Pencipta yang menentukan.

Teringat madah akak aku…menyintai tidak mesti memiliki.. ntah macam mana ntah…sambungannya. Ada masa nanti, aku murnikan lagi madah yang diingatkan untuk adiknya ini. Hai…dialah akak aku di laman ini. Terima kasih kakakku. Ntah bila nak kenalkan dengan anak buahnya ni. Heheeheee…

Catatan 167

Hari ini dia berpakaian baju kurung merah jambu berbunga-bunga dan bertudung kuning. Tertunduk sahaja apabila sesi perhimpunan berlangsung pagi tadi apabila aku pandang. Mungkin tak perasan aku pandang sekali sekala sambil melihat sibuknya akak aku mengelolakan rutin di pagi setiap minggu. Banyak idea dia bercakap. Maklumlah ustazah tengah bersemangat memberi peringatan dan tazkirah. Sampai kod aku pun diubahnya juga. Pandai jer…

Selepas itu menghadap bos mengurus kertas kerja aktiviti yang hilang ntah ke mana. Sempat dia bertanya tentang sesi rawatan yang aku lalui.

Oooo…cam tu…, bos aku mengangguk-angguk faham kot agaknya. Mudah-mudahan doa kawan-kawan diperkenankan.

Paling aku pening kali ini, tentang surat MC tak tahu ke mana hilangnya. Pagi-pagi aku dah fotostat sebelum berangkat keluar. Tak lupa, aku dah masuk dalam beg sekali dengan borang rawatan akuan yang aku tunjukkan sebelum ini bagi tujuan rawatan dan cuti. Bos mencadangkan aku agar membuat tuntutan perjalanan. Aku layak katanya. Oklah. Terima kasih banyak bos. Aku nak menjadi anak buah yang bagus. Bos aku memang layak memegang post dia sekarang. Memang dia berkelayakan. Aku belum tentu mampu menghadapi sepertinya. Dia telah buktikan.

Hari ini dia memanggil lagi sekali pasal aset yang telah dipindah dan ditukar-tukar lokasinya. Baguslah tu. Aku sedikit pun tidak berkecil hati. Aku bangga ada bos yang banyak idea. Dia buktikan dia sendiri yang bekerja. Bukan bercakap sahaja seperti parameswara yang banyak berlipurlara.

Tahniah bos. Aku bukan mengampu di sini yer.

 

 

Catatan 166

Dah dua tiga hari tak nampak dia, rindu aku rasanya macam orang bercinta. Dah masing-masing pun ada komitmen sendiri nak wat camana? Yang ko ni menggatal apasal? Berkata-kata aku sendiri dalam hati.

Dua hari lalu, pagi-pagi lalu menghantar mesej cinta untuknya. Hmmm…caya ke? Ni ler catatan suka-suka. Dah namanya catatan rasa….! Rasa hati ini….! Catatan rasa hari ini, esok dan semalam. Dan, laman ini adalah kesinambungannya setelah laman dahulu mencapai tahap optimum. Iyer, laman ini adalah kesinambungan catatan rasa hari ini, esok dan semalam. Oklah, masuk ke topik yang aku nak catat…

“Wslm…ok….slmt bercuti….” (6Oct2016 08:49:41am)

Iyer, pagi itu…beberapa minit setelah memberhentikan kereta di tempat parking, aku melepaskan rindu ini untuknya mendapat khabar berita..

“Salam.-Vkvkv-.Maaf mganggu. Arini sy cuti.Gtau cgu m*** jk x ada cgu relif. Cgu b** pun x ada rasanya. Smlm dah maklumkan kat cgu m***. Takut tlupa dia.” (6Oct2016 08:12:52am)

Itulah aku, bukan sahaja dia, tetapi murid-murid pun aku rindukan juga. Bukan sahaja dia aku fikir dan kenangkan, tetapi murid-murid pun sama aku terkenangkan juga. Namun dia lebih istimewa lagi walau murid aku istimewa kategorinya.

KALAULAH DIA….(dot dot dot), dah lama sy nak minta tlg akak…(dot dot dot)…..

Biar masa dan situasi yang menentukan. Aku hanya mencatat apa yang aku rasa. Jangan tension. Suka-suka jer.

InsyaAllah akan terubat rindu ini esok pagi..

tumblr_l36cdqgmhz1qaobbko1_500

Catatan 165

“Cikgu nak kirim?,” tanya -vkvkv- bila mana dia hendak keluar membeli makanan. Hmmm, bestnya aku rasa. Baguslah macam ni. Tentu akak aku pun suka, bila membaca catatan ini.

Lalu aku menghulurkan not sekeping merah untuknya. “Apa-apa pun boleh!”, ujarku ringkas setelah dia keluar pintu setelah memakai kasut untuk tujuan membeli makanan.

Memang, bukan aku sahaja yang gembira, malah dia juga nampak lebih ceria hari ini. Dua jam rasa macam cepat sahaja masa berlalu aku mengajar dibantu dengannya. Macam-macam yang dia tolong tanpa aku suruh. Tetapi, dalam kemesraan itupun, sebenarnya kami tidak bertentangan secara langsung bila berbual. Duduk pun sebelah-sebelah, tapi banyak aku menghadap kanan, dia menghadap kiri. Macam nak menyandar jer kat belakang badannya. Heheheee…

Bukan segan. Tapi entahlah. Apapun, aku sempat melihat wajahnya. Curi-curi pandang gitu… Hahaahaaaa… Dia pun sama.

Hmmm…manisnya bakal isteriku ini. Bila lah yer??? Aku mula menerawang ke langit biru. Tentu seronok bila dia jadi isteriku. Tanpa solekan sangat di wajahnya, aku pun bukan nak tengok wajahnya. Memang dia sentiasa ada di hati ini. Itulah masalahnya. Tengok wajahnya jer aku rasa sejuk hati. Walau dub dab dub dab memang tak hilang. Dah nasib dia. Dah takdir dia jadi mangsa pelanduk yang serupa. Nak wat camana??

Apapun, rasanya dia bertuah menjadi sahabat istimewa di hati ini. Walaupun kini memang sama-sama memendam perasaan, aku lebih kasihan kepadanya. Aku tak kesah sangat. Aku memang kosong tiga. Dia tu…!! Aku tak mahu menjadi punca pada sebuah perbalahan. Kerana itu, aku bahagia melihat sahabat aku bahagia. Aku bahagia melihat sahabat istimewaku bahagia. Itulah yang aku sentiasa ulang-ulang mengingatkan minda bawah sedar diri ini.

Bukan apa…! Aku tak mahu akak aku marah kat aku nanti. Heheeheee….!

Jika ada peluang pun nanti…. aku akan beritahu akak aku antara orang pertama yang tahu… Yerlah…seperti mana ayat memujuk buah hatiku masa dia merajuk dulu…

KALAULAH DIA….(dot dot dot), dah lama sy nak minta tlg akak…(dot dot dot)….. Hehehe…

Esok pagi, aku tak kerja. Aku ada hal. Cadang pagi-pagi aku nak hantar mesej buat -vkvkv-…

“Salam. Sori ganggu. Dah sampai sekolah awak -vkvkv-…? Semalaman membaca dan mencatat di laman peribadi, pagi-pagi tkng awak saja nak in4 saya cuti..! Last minit semalam petang gtau bos… harap jk tiada cikgu relif gtau kat cgu M***. Cgu S**** mungkin tak ada juga agaknya…”