Kehidupan …

Dia datang bersama 3 anaknya…

Pastinya dia sudah tiada lagi tempat bergantung. Kedatangannya meluahkan rasa hati yang terpendam sekian lama. Dia tahu aku menyimpan rasa buatnya sejak sekian lama. Iya, sejak bertentang mata lewat 5 tahun lalu. Dia dapat membaca yang tergambar di hati ini.

Dan hari ini dia  menyatakan bahawa nasib dirinya adalah sama sekali berbeza.

Aku melamarnya secara berkias, dan dia diam sambil tersenyum malu penuh makna.

Bak kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan. Bersemi detik indah yang ditunggu selama ini. InshaALLAH, dia akan menjadi milikku jua nanti. Anak-anaknya aku terima sebagai anak sendiri. Hadiah bermakna tentunya zuriat antara kami berdua. Ohh..sudah itu takdirnya, aku redha segalanya.