Perkahwinan…

Tetiba diberitakan Ha***** akan mengadakan majlis kesyukuran untuk perkahwinan anak keduanya. Puteri kesayangannya itu dijangka akan mengakhiri zaman bujang tidak lama lagi.

Dalam sibuk berborak-borak itu, aku sempat merenung sahabat karibnya yang juga sahabatku yang sentiasa aku rindui pada senyuman manis muka bulat berkaca mata seiras kenangan lama yang sentiasa aku impikan.

Dia malu-malu pada renungan yang aku buat padanya. Hmm…bilalah majlis aku dengan dia yer.. Bisik hati kecilku sendirian.

Tetiba..dalam tak sedar, ada suara lain di kalangan kami bersuara..

Sian….A****, ada suami macam tak ada. Jauh macam kat India.

Ntahlah, aku tak faham apa yang dimaksudkan.

Namun, pemahaman diriku ialah A**** berasa tidak gembira dengan perkahwinannya kini. Mungkin dia ada masalah dengan suaminya itu. Tetapi, aku tak masuk campur. Biar dia mengurus masalah dia sendiri. Kecualilah, jika dia meminta aku menyelesaikannya. Tentunya aku akan menanti saat dia bebas untuk membuat keputusan menerima orang baharu sebagai pengganti.

Percayalah, aku amat menantikan saat impian ini terlaksana. Andainya ada jodoh, syukur Alhamdulillah. Mungkinkan aku dan A**** akan disatukan dalam sebuah perkahwinan.

 

Advertisements