Catatan 175

Alhamdulillah…biasa lalu sahaja. Hari ini berpeluang sempena ada urusan di sana. Tak akan aku lepaskan peluang ini. Pagi-pagi sebelum melalui kawasan itu, aku sudah berkata dan sematkan dalam minda hati ini.

Ehh… awalnya. Macam jadi pak imam! Adik kebetulan menegur apabila kaki mula berangkat keluar. Aku diamkan saja dengan senyuman dan tekad yang aku semat selama ini.

Mencari parkir mudah sahaja. Walau ada kekosongan di bahagian lebih dekat, aku berputar semula menuruni sengaja mendapatkan tempat yang agak jauh terkebawah sambil memandang dari kejauhan.

Subhanallah.

Aku mendapatkan sudut yang paling cantik dan indah di tempat itu. Selayaknya ia dipenuhi dan dimanfaatkan sebaiknya. Memang memuaskan segalanya. 200% aku memberi penilaian serba-serbinya sempurna selayak nama yang diberi.

Sebelum pulang sengaja keluar agak lewat memerhati persekitaran dalam dan luar, beratur mendapatkan buah tangan cendol spesial 3 cawan yang dijual tiga anak dara(ye ker) di laluan berhampiran.

Alhamdulillah. Walau sedar anak sedara komplain kenapa tak sedap macam hari itu. Aku diam sahaja. Malamnya aku lalu semula di laluan kebiasaan tetapi keterujaan itu sudah sedikit kurang. Namun ia pengalaman yang tak akan aku lupakan. Jika berpeluang, tak rugi rasanya jika berkesempatan semula.

Catatan 174

Aku hari ini MC lagi. Hampir 2 minggu batukku tak hilang-hilang. Pagi-pagi aku memberi mesej awal kepada Ketua Pengawas kendatipun semalam pagi-pagi hari aku telah maklum hal ini. Hormat sebagai seorang kawan, lebih-lebih lagi dia adalah ketua yang juga orang lama yang akan bersara bulan 8 tahun hadapan.

Apoinment biasa saja. Sebagai rutin dua bulan atau tiga bulan sekali. Buku rekod hilang tak ke mana. Namun sudah dimaklumkan awal sebelum ini atas permasalahan yang aku hadapi. Ntah kemana aku ingin menghiburkan hati. Ntah…Ke mana perginya hati…Ke mana hilangnya rasa….Ku takkan berkecil hati….Ku takkan rasa kecewa…Walau pedih pilu di hati… Kau kuiring senyum mesra…Opsss…melalut plak!

Dapat nombor giliran pendaftaran setelah nama dipanggil, timbang, menunggu nombor, berjumpa jururawat, check-up, jumpa doktor, ambil ujian darah, pergi makmal, pergi x-ray, pergi tandas, check mata, jumpa doktor lagi sekali, hantar buku, buat apoiment lagi, pergi farmasi, pergi kafeteria, pergi tandas, pergi kereta, pergi tandas lagi, pergi kereta dan drive balik. Hmmm…..itu belum setel lagi. Petang-petang keluar pergi farmasi menyelesaikan urusan yang belum selesai.

Hajat di hati ingin jumpa bos, selepas menunaikan kewajipan berjamaah di masjid berdekatan nampaknya tertangguh lagi. Semalam dah cantik, line macam clear, tetapi ada urusan keluarga yang lebih penting. Tengoklah nanti bila hajat ini akan tertunai. Kita merancang tetapi PerancanganNYA itu jua yang menentukan. Alhamdulillah. Aku bersyukur.

Kekadang hati ini rindu. Iyer rindu sungguh! Rinduu sangat-sangat!! Tetapi ada kebaikan pada PerancanganNYA yang kita tidak tahu. Semoga apa yang aku rancang sentiasa dalam rahmatNYA. Ameeen InshaAllah.

Berita yang terkesan hari ini, aku terbaca jenazah di tanah perkuburan Serkat Pontian masih utuh walau sudah lama dikebumikan. SubhanaLLAh. Banyak pengajaran aku renung diri ini. Bagaimana pengakhiran hidup ini Ya ALLAH. Ampunkan segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa seluruh kaum keluargaku, dosa guru-guruku, sahabat-sahatku serta seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Catatan 173

ROMBAKAN BESAR-BESARAN.

Tetiba aku mendapat idea tentang main topic pada penerbitan cetak di tempat kerja.Ntahlah. Dah lama aku tak publish penerbitan ini. Sejak pertengahan tahun hari tu, sampai ler ni….aku simpan penerbitan ini tak terbit-terbit.

Sibuk memanjang. Iyer jer. Tak tahu apa yang disibukan. Tetapi ada ler kesnya tu, sehingga aku merana sekejap. Bukan senang nak menulis. Bukan senang menulis dan mengedit dan menerbit. Aku pun amatur sangat. Tiada kursus pengkhususan pun. Harapan ia akan dirombak juga. Tetapi tengoklah nanti, hasil rombakan nanti sama ada melibatkan keseluruhan organisasi atau sebahagian besar sahaja.

Aku terasa satu jer tentang perubahan ini. Apa yerk. Rahsia…!

Catatan 172

Aku kini kembali… tapi tak selalu…kadang-kadang…jarang-jarang..
Hmmm…macam P Ramlee laa plak…

Dahlah…terus ke topik…

Tika asyik berkebun…. (cam tak sesuai plak yerk?)
Handponku berbunyi…ingat dari si dia…bukan… si dia dah dicatat di laman lain…

Bos aku mesej…Agaknya ada ler spy yang maklumkan yang aku ni tak aktif sangat berwasap macam yang lain-lain tu… Cakap jer tak ader.. Sttt!!!

“Assalamualaikum, ckg Axxxx utk thn 2017 ,ckgu akan pegang polio baru iaitu ketua panitia matematik..penyelaras kelas LD akan di ambil oleh pn EXXXXXXX.manakala panitia kh akan diambil alih oleh pn NXXXXXXXX.sekian untuk makluman.”[16-Nov-2016 12:25:13pm]
“Wslm. Terima ksh byk. Sy terima. Ada ms ptg2 sy akan jmp cikgu. Sy dpt byk ‘rumors’ ttg 2017 sbnrnya.”[16-Nov-2016 12:31:52pm]
“K”[16-Nov-2016 12:30:13pm]

Apa aku nak jawab. Itu saja yang terbaik. Harap yang dirancang akan jadi kenyataan.