Catatan 111

Sudah dua malam aku duk kat hotel yang tak ada bintang di tengah bandaraya ini. Esok hari terakhir dijangka pulang sebelah tengahari. Itu jangkaan awal aku sendiri kerana ikut schedule di hari sebelum datang sini habis ialah lewat petang. Tapi macam tak logik.

Baru kejap tadi, aku call orang ***** yang dijangka pergi kursus di tempat lain. Resort katanya. Biarlah. Kita ada majikan, mesti ada peraturan yang menyebabkan kita perlu ikut walaupun diri kita tak selesa ataupun tak mahu turut serta.

Siang tadi, aku membebel pasal situasi sendiri di tempat kerja yang aku sendiri tak setuju. nak buat macam mana. Apapun, dalam bab komplen orang, aku sentiasa ingatkan bahawa mungkin orang lain juga tak suka aku juga. Tak sekarang mungkin akan datang.

Iya….mungkin aku suka A****, tetapi belum tentu dia suka kat aku. Tak apalah. Itu cabaran buat aku untuk menambat hatinya. Cewah! Perasan! Tetapi siang tadi, dimaklumkan partner aku ada menghubungi A**** malam semalam. Sekurang-kurangnya aku dapat tahu juga berita pasal dirinya. Terubat sikit rinduku padanya. Cuma aku terkenang pasal ingatan A**** minggu lalu, jika aku jalan-jalan ke suatu tempat tu nanti tolong carikan. Tak tahulah macam mana esok!(?).

Yang pasti, A***** sentiasa di hati ini!

Advertisements

Catatan 110

Ketika keluar hendak menuju ke kereta, aku perhatikan ada seseorang yang jarang benar aku lihat. Dua tiga kali juga otak ini mentafsir. Siapa yer?? Berulang kali persoalan bermain di fikiran. Alhamdulillah. Bakal emak bapak mertua rupanya. Hahaahaaa…..memang tak sepadan dengan aku. Aku memang berpendapat sedemikian. Bukan ini saja. Sebelum ni pun sama. Ntahlah kenapa. Cam ada yang tak kena! Biarlah. Bukan aku nak kawin dengan dia pun. Aku cuma syok kat anaknya jer.

Hmmm….boleh lagu tu plak!!?. Aku tahu dia seakan tak seasi denganku. Tetapi, lama-lama serasi kot. Apapun, panjang lagi citernya. Saja aku mengolah. Biar ada thrill…. Kalau tak bosan. Tak ada cabaran. Iya, aku cabar diri ini untuk memilikinya suatu hari nanti.

Dapat pakej tu. Satu…dapat tiga lagi. Dan tentunya, aku amat rindu yang keempat antara kami berdua. Mudah-mudahan jadi kenyataan. Amin.

Sejak kebelakangan ini, aku perhatikan dia nampak berisi. Tetapi hari tu dia menafikan yang aku usik yang dia macam nak cuti tiga bulan. Harap dia jujur. Akulah yang paling cemburu andainya dia cuti tiga bulan. Bukan aku tak suka. Cuma itulah. Harapanku A**** akan menjadi bakal ibu untuk anakku plak.

Catatan 109

Jangan perasan! Dia memang rajin menolong orang. Bukan ko saja, tetapi orang lain pun dibantunya juga. Tetiba aku mematikan sendiri perasaan yang hadir selama ini. Biar. Aku memang suka mencabar diri sendiri. Kalau betul pun aku tidak kesah. Kalau salah lagilah aku tak kesah. Tetapi seandainya salah, naik sikitlah perasaan ini. Hahahaa…

Hai..macam mak datin! Tetiba tengah memandu nak sampai ke selekoh dengan agak laju nampak dia seolah senyum terpaksa kepadaku dengan orang ***** memberi komen sedemikian. Aku membuat tak tahu saja. Memang aku lihat dia seperti nak menjauhkan diri dengan ku. Biarlah. Bukan aku rugi. Kalau dia melayan aku, pening dibuatnya. Huru-hara dunia ni. Biarlah keadaan seperti macam ini. Aku selesa.

Kan dah banyak kali aku kata…aku bahagia melihat dia bahagia. Aku tahu, dia juga tahu yang aku memang syok kat dia. Kerana itu, aku tak kesah bila dia mengambil tindakan seperti itu. Hari ini, dari kejauhan aku nampak dia berbaju jingga berjalan di kaki lima. Aku bukan sangat nak menyapanya pun. Aku melihat ke tempat dan tujuan lain. Dia seolah-olah melarikan diri. Biarlah. mungkin mengelak. Bisikku. Aku tak kecik hati. Aku lalu dihadapannya pun aku memang tak menegur. Menoleh jauh sekali. Sengaja aku begitu. Aku dengan rutinku. Namun aku percaya, dia akan berurusan lagi. Dah kerap lagu tu. Aku nak mengujinya tika ini. Masing-masing sombong.

Hmm…begitulah, aku ditegur sahabat karibnya tadi. Sombongnya. Sedikitpun tak nak senyum. Tegurnya dari luar, setelah berlalu kemudian memberi komen sedemikian kepadaku. Aku diam sahaja. Dalam hati ini, siapa yang tahu. Aku rindu sangat pada sahabatnya. Aku sedang memendam perasaan. Dan, aku percaya sahabatnya pun sama. Masing-masing sudah ada komitmen sendiri. Macam mana nak diadjustkan. Aku pun tak tahu. Tetapi hati kecilku, tetap juga nak kan dia. Iya, aku tetap memerhatikan mu A****……!! Semoga takdir akan menyebelahiku.

Catatan 108

Berbaju kurung hitam sedondon dengan tudungnya. Berbintik-bintik putih coraknya. Hmmm…kalau dah jatuh hati, memang cantik. Hahaahaaa..aku seakan tak berbicara langsung dengannya hari ini. Tak apalah. Walaupun duduk semeja bertentangan makan dengan rakan lain, namun masing-masing tak berborak. Dia dengan halnya, begitu juga aku. Namun dalam diam, aku tetap memerhati pergerakan dan tindakannya.

Selang sehari..berbaju biru corak berbunga dengan kuning tudungnya. Sekali pandang, ingat macam baju kebaya. Tetapi sebenarnya baju kurung. Cuma paten kalau tak diamati seakan kebaya plak. Esoknya berbaju hitam dengan tudung dengan warna merah. Rasanya apa-apa yang dipakai aku sentiasa amati. Termasuklah beg tangannya. Hari ini lain, esok lain dan esoknya mungkin lain lagi.

Pastinya dah beberapa hari aku memang dah tek bertegur dengannya. Malas aku. Sengaja aku malas memikirkan dia. Iya, aku cuba untuk tidak menegurnya. Nak tengok reaksinya. Pagi tadi, dia di depan pintu utama, berselisih dengan aku dia tunduk saja ketika aku memandu masuk. Aku pun buat tak nampak. Mungkin dia juga malas nak berborak dengan aku. Biarlah masa dan takdir menentukan. Sampai bila masing-masing mampu bertahan untuk tidak memulakan bicara antara satu sama lain.

Rindu memang rindu. Siapalah yang tak rindu pada impian yang telah terkubur sekian lama. Biarlah ia menjadi memori yang amat berharga di hati ini. Dan, dia antara sahabat yang telah membuka semula impian itu. Walaupun, segalanya seakan mustahil, tetapi takdir tak tahu apa yang berlaku esok lusa. Doa dan harapanku tetap positif. Dia sahabat istimewa di kala ini. Dia mengingatkan aku pada memori indah lalu di hati ini. Aku bahagia melihatnya sebagai sahabat istimewa. Rindu, cinta, jatuh hati segalanya hadir untuk dia. Segalanya berputik, walaupun diri ini juga sedar perjalanan waktu sudah meniti ke usia dewasa. Walhal kenangan remaja itulah yang banyak mencorak perjalanan kehidupan ini.

Aku bersyukur dengan apa yang ada. Dan aku juga bersyukur kerana mengenali sahabat istimewa ini. Semoga impian menjadi kenyataan. Walaupun aku tidak mampu mengungkapkan perasaan ini buatnya. Tetapi kerana apa? Ya. Aku tahu. Dia tahu. Orang lain tahu. Biarlah. Mudah-mudahan ada peluang untukku mengungkapkannya di suatu hari nanti.

A**** tetap di hati ini.

 

 

Catatan 107

Nampak sombong plak dia hari ini. Dari kejauhan dia berjalan berbaju kurung biru berbunga dan bertudung kuning. Hmm…cantiknya. Aku memujinya di dalam hati. Tetapi dia pun tak menyapa. Berselisih di pintu pun sama-sama diam. Aku mengekorinya dari belakang. Seronoknya kalau dia dah jadi isteriku. Aku perasan sorang-sorang. Hahaahaaa….tau takpe!

Malas aku menegur. Bukan apa. Aku malas melayan perasaan ini. Tetiba dapat jadual, aku terpaksa masuk ke kelas itu. Plak! Aku mengeluh sorang-sorang. Ingatkan tekad hari ini tak mahu berbicara, berborak dengannya. Kalau boleh aku tak mahu memandang wajahnya. Nak buat macam mana, dari mata jauh ke hati. Bidalan yang secara automatis aku alami sekarang. Setuju benar. Hundered persen…

Dalam tekad di pagi itu yang nampaknya aku terpaksa mengalah. Ketika sedang berurusan dengan seorang kawan yang menguruskan hal berkaitan aktiviti yang baru sahaja dilaksanakan minggu sebelumnya, tetiba sahabat itu bersuara mengingatkan aku supaya masuk ke kelas itu.

Tak naklah. Awak kan ada! Pintasku berseloroh. Boleh…janji nasi bariani sebungkus..dia menjawab pantas.

Ok ada lima minit lagi, lalu meninggalkan dia di situ. Selang seketika aku masuk berborak dengannya. Antaranya hal program yang dah lama aku kena keluar. Terapi yang tiada puncanya serta hal-hal lain. Ntahlah cikgu bila nak masuk. Katanya seakan mengeluh. Aku diam sahaja.

Kalau dah jadi isteriku nanti, baru lah dapat masuk!

A**** tak menolak. Dia masuk jer. Kata seorang kawan berbicara denganku sewaktu perjalanan balik dari hospital. Sempat aku singgah makan asam pedam kepala ikan merah dengannya sebelum balik ke tempat kerja.

Asam pedas antara kegemaranku. Aku percaya dia pun suka. Dulu, masa aku membuat aktiviti dengan dia menjadi pembantu yang menguruskan hal-hal sampingan, aku belanja asam pedas juga. Alhamdulillah. Setakat ini, tiada yang menolak. Mudah-mudahan rezekiku ada dengannya nanti. Dapat aku belanja asam pedas kepala ikan. Tak hari-hari pun, sekali-sekala. Tetapi, lebih dari itu, siapa yang tak rindu nak masuk… Rasanya dia memang tak menolak kalau aku bagi dia kepala… Hmm..bestnya!

Catatan 106

Suatu ketika semasa tengah sibuk-sibuk hendak membuat perancangan aktiviti, aku masuk selamba seorang diri ke dalam kelas yang dah lama aku tak libatkan diri. Relif pun tak, nak mengajar pun tidak. Tapi, kalau tak silap semua murid dalam bilik itu ada, cuma cikgunya sahaja yang tak ada. Mungkin pergi tandas kot (?). Sahaja aku meneka mencari jawapan.

Apapun, bukan kerana hendak berjumpa budak sangat, tetapi pada seseorang yang kebetulan rutinnya disitu. Kerana kebetulan sahabatku yang aku rindu dan istimewa ada di bilik itu. Iya! Aku rindu sangat pada sahabat istimewa ku ini. Aku rindu pada bakal isteriku ini. Hmmm…(jangan ler ketawa yer…senyum boleh….doakan ia makbul takper…dialu-alukan!)

Seronok melayan karenah budak-budak di kelas itu. Hai…tengok gigi dia, ada yang senget! Iya…aku membuka mulut luas mengiakan yang dikatanya. Hahahaa…! Lalu aku pun bercerita kepada sahabat itu yang ada di sisiku.

Iya…itu penyeri tu…! Ulasnya ringkas. Aku kaget seketika. Tetapi buat-buat tak dengar.

Tulah dulu masa kecik-kecik tak nak pergi klinik!

Klinik jauh A****. Duduk kampung. Lainlah ko…duduk dekat bandar. Plak tu keje kat klinik gigi.

Tersenyum dia apabila aku menjawab camtu. Heheheee…dia ketawa kecil.

Berbincang aku mengenai kebolehan sedia ada dan apa yang patut dan sesuai dilakukan untuk menilai murid di kelas program yang setahun dah aku tinggalkan. Lalu dia setuju dan sanggup membantuku. Alhamdulillah. Tak rugi aku bersahabat dengannya. Sahabat yang paling istimewa di hati ini. Kerana itu, aku mengimpikan dia akan menjadi isteriku.

Catatan 105

Habis program semalam, aku bertanya kepadanya….

Nanti, ada baki, saya nak bagi kat awak! Buat apa bagi saya? jawabnya. Masuklah dalam akaun tu. Terang saya. Ok…..

Begitulah, aku begitu mempercayai dia sebagai pemegang amanah. Tidaklah banyak pun. Memadailah dia membantu dalam menguruskan perbelanjaan tabung itu untuk mereka yang aku maksudkan. Dia pun faham.

Pagi itu, aku berkata padanya. Banyaknya kuih yang dia taja. Lalu dia menjelaskan tajaan ini kepada kawan. Namun aku juga turut menjelaskan, aku juga turut menyediakan makanan ringan sebagai perbelanjaan aktiviti untuk baki yang agak banyak sebagai penghargaan untuk rakan-rakan. Dia faham apa yang aku katakan. Cuma bakinya nanti akan aku beri untuk masukan dalam tabung itu.

Sebelum itu, dia juga turut membantu menyediakan bahan untuk aktiviti bagi salah satu kategori yang aku telah tetapkan. Terima kasih sahabat. Awaklah sahabat istimewa di kala ini.

Dia juga sependapat tentang kategori itu. Tak ada beza. Dah itu kemampuan dan kebolehan yang ada. Masing-masing perlu dihargai dan diraikan. Tetapi tidak semua program yang melakukan sedemikian. Kadang-kadang aku sendiri terfikir. Kenapa dalam satu tempat, kewujudan insan-insan istimewa ini seperti ada kasta masing-masing. Apapun dalam kes ini, aku tidak sedemikian. Alhamdulillah, dia turut berkongsi perasaan ini. Tiada pilih kasih. Tiada isu anak tiri.

Pastinya, aku nyatakan disini, untuk dia, hanya dia sahaja kasih ini aku berikan. Pastinya jika ada rezeki, bukan sahaja kasih ini untuknya, malah untuk bakal anak tiriku juga. Amiiin.