Catatan 177

Baru semalam aku menulis. Bermimpi buah hati persis sebijik epal. Mimpi, tersedar, sambung tidur, sambung mimpi sama sebentar tadi, tersedar semula, sambung tidur, mimpi dia lagi, dan tersedar semula lantas memikirkan apa yang berlaku. Pelik! Memang lama aku tak bersua dan berbicara dengannya.

Aku memang buat jual mahal. Ha3….tapi hari ini aku dapat jawapan semalam.
Ketika sedang sibuk memasang jejunjung di laman sayuran yang aku bina, sayup dari kejauhan dia datang menghampiriku bertanya sesuatu. Aku pun menjawab pertanyaan seadanya. Tak mampu aku lebih-lebih. Berborak seketika. Hendak memandang wajahnya setentang pun aku tak mampu. Sipi-sipi sahaja.

Hmmm, makin manis wajahnya. Seronoknya bila jadi isteriku. Aku rindu sangat situasi sepertinya itu. Dengar-dengar dari rakan lain, dijangka bulan empat nanti dia akan bercuti tiga bulan.
Dah tahu nakal lagi. Tak apa, memendam perasaan sahaja. Mungkin dia tahu. Biarlah…

Catatan 176

Batuk ku masih belum hilang. Apapun sudah mula berkurang. Memang macam ni kalau aku batuk. Berbulan-bulan. Biasanya cecah 3 bulan. Ntahlah. Batuk apa! Tetapi kebiasaannya macam tulah dulu situasinya yang lepas-lepas. Banyak yang menegur. Banyak yang menyapa. Banyak yang memberi petua. Banyak yang juga yang mencadangkan itu dan ini. Alhamdulillah. Terima kasih semuanya atas keprihatinan itu.

Satu jer yang aku risau. Cuti sekolah semakin habis. Jika macam ni ler lagaknya, payah sikit ler rasanya. Nasib baik berbahasa isyarat medium utamanya. Ringan sikit beban suara kesakitan tekak ini bila bergetar melantun suaranya nanti.

Seketika merehatkan badan tengahari tadi, bermimpi aku kepada seorang sahabat istimewa. Terkejut aku, tersedar seketika. Kenapa plak…! Dah lama aku tak bermimpinya. Selama ini memang sentiasa mengimpikan. Memendam jer apa yang diidamkan dan diimpikan itu. Terlelap semula seketika lima minit, bermimpi lagi. Terkejut aku tersedar semula. Bersambung plak mimpi aku ini. Melihat jam dinding di atas dinding bilik, baru lima minit tersedar lagi aku. Hai…sampai tiga kali bermimpi dia. Macam mimpi tu bersambung. Aku mula menerawang dan memikirkan dia untuk menyambung tidur semula. Terlelap, aku bermimpi dia lagi.

Kenapa yerk??. Aku dah tak selesa tidur. Memang mimpi sahaja pun. Tetapi kenapa sampai tersedar dan terlelap, bersambung semula mimpi aku serupa berjumpanya. Hmm… mainan tidur. Itu kesimpulan yang aku ambil.

Pagi tadi, sementara aku menghirup sup soto di deretan warung di tempat awam, aku terkejut melihat kelibatnya membeli makanan di warung yang aku sedang menjamah makanan. Aku tidak menegurnya. melihatnya sahaja dari kejauhan.

Hmmm…manisnya sahabat istimewa ku. makin manis aku lihat keadaannya sekarang. Rindu aku buatnya. Ntahlah. Memendam sahaja rindu ini untuknya. Bahagia aku melihat dia bahagia. Mudah-mudahan dia sentiasa sihat dan bahagia bersama anak dan keluarganya. Aku membiarkan sahaja dia memilih, membungkus, dan membayarnya sebelum berlalu pergi menuju meja makan di satu ruang warung di sebelah sana. Aku berkeyakinan benar, dia perasan yang aku ada di sini semasa datang tadi. Cuma mungkin buat-buat tak nampak. Tak apalah. Aku pun buat-buat tak nampak juga.

Jauh di sudut hati ini, aku bahagia melihat sahabatku bahagia. Aku bahagia melihat istimewaku bahagia. Fullstop!