Catatan 184

Aku tahu. Aku sedar. Namun, alhamdulillah. Aku bahagia melihat sahabatku bahagia. Fullstop.

Sambil membelek skrin, terpaut pada satu paparan. Sempat aku abadikan sebagai satu kenangan. Cukuplah ia menjadi satu cerita yang hambar. Mungkin untuk setakat ini. Namun, akan datang aku tidak tahu. Biarlah perancangan waktu terus berlalu. Semoga baik-baik hendaknya.

Catatan 183

Di pengakhiran mesej hari ini, saja aku mengusiknya….

“Betul fullmark. Awk tahu sy lg lama memendam tau.. Hi3. Jgn mare.” (1-Feb-2017 04:03:22pm)

Faham ke tidak dia. Namun tak lama….

“Hu3….cuti ni penuh kje sy..alhamdulillah….” (1-Feb-2017 04:01:26pm)

Hahaahaaa…begitulah, dalam tugas aku seronok bekerja dengannya. Dah lama bekerja bersama. Cuma tulah. Dot..dot…dot…