Catatan 159

Hari ini seperti biasa rutin pergi ke pasar berbelanja untuk seminggu. Bekalan & keperluan aku cari untuk memudahkan mengurus kewangan selain mengisi masa terluang. Satu perkara yang tak tinggal ialah membeli akhbar. Orang kata zaman internet, orang tak perlu surat khabar, tetapi aku masih perlu.

Tajuk utama dalam akhbar tabloid yang aku beli amat menarik minat aku hari ini.

Ia seperti dua hari lalu dalam catatan aku. Tetapi kali ini lebih hebat rasanya. Cukup korum. REZEKI MADU EMPAT. Hebat. Duduk satu rumah lagi yang disambung-sambung. Anaknya 20 lebih… subhanallah. Dah ada 3 cucu.

Aku masih merenung untuk step seterusnya, lelaki ni dah cukup korum. Heheeheeee… apapun rezeki orang tak sama. Walaupun penternak ayam, namun beliau tinggal dengan empat isteri dan 24 anaknya dalam satu bumbung dalam keadaan aman damai, tanpa ada perselisihan dan bermasam muka. Apa yerk rasanya….

Tentu akak aku setuju benar tentang rahsia yang aku cerita minggu lalu. Agaknyalah. Bukan apa, lagi senang nak apply, because belum kering. Hehehee….!. Tetapi, yang pasti aku mendapat ‘tauliah’ apa yang aku ceritakan kat akak aku tu dari orang lain. Bukan dari dia.

Apapun, aku rasa akak aku tak berminat dengan topik catatan kali ini. Tapi adik akak ni nak cuba celup sana..celup sini… Tolong doakan yer akak…

 

Catatan 158

Dua hari lalu, tetiba dia duduk setentang dengan aku di meja makan. Tersentak aku. Dah tak tahu nak buat macam mana aku. Dia perasan aku mula rasa tak selesa. Aku mula rasa lain…..

Dia sekilas sahaja memandang aku.

Mungkin terpaksa dia duduk di hadapan aku. Dah tak ada tempat lain yang kosong. Aku percaya pada sebab yang mula berfikir di kotak fikiran.

Cepat-cepat aku menghabiskan soto nasi yang aku pesan, dah beralih mengawal murid di meja lain. Aku memang tak boleh tengok muka dia. Lagilah bertentang mata menghadapnya macam tu. Tetapi nak buat macam mana, aku kena belajar juga, mana tahu ada rezeki untuk masa yang kita sendiri tak jangka nanti.

Tak gitu ustazah…!!?

Kalau dah itu takdirnya. Kita tak mampu untuk menolak melawan ketentuan yang kita sendiri tak tahu perjalanan hari esok. Aku pun tak mengharap sangat. Aku tahu…….(dot dot dot)…..hmm tak bole cerita..

Apapun, dia selesa dengan tugas yang aku berikan. Semakin erat nampaknya ukhwah yang terjalin.

[pics removed…]

Catatan 157

Seorang kawan tetiba meminta tolong aku melangsaikan sedikit kerjanya dalam program Xcell. Alhamdulillah, aku dapat juga membantu sedikit yang aku tahu. Selesai juga tugasannya.

Dalam memerhati aku menaip dan menyiapkan tugasan berkenaan, ada bicara yang amat mencuri perhatianku.

“Z**…. ngko kena kawin lagi satu laa….!” , tetiba dia bercerita topik berkenaan.

“Kawan suami aku tu, kahwin dah dapat anak pun…!. Pastu, aritu dia kahwin lagi dengan bini baharunya tu yang suami aku pun kenal. Dia kahwin bukan dengan anak dara pun, tapi dengan perempuan yang dah ada anak. Maksudnya, dia kahwin bukan tujuan nak anak. Tapi ada sebab lain kot….!, Kalau nak anak, tentu dia cari anak dara yang masih muda!!”, kawan tu meneruskan penceritaannya dengan panjang lebar.

Hmmm….bestnya…., aku berbicara dalam hati menjawab ceritanya.

Mungkin aku dapat agak kenapa dia kahwin dengan perempuan yang baharu tu….., aku mula mencari hipotesis pada teori yang dikemukakan oleh kawan itu. Haaahh.. senang jer jawapannya.

Hati lelaki…pusing-pusing jawapannya macam apa yang aku rasa agaknya. Mungkin perempuan itu, seiras dengan makwa lamanya kot. Mungkin, masa bercinta dulu terhalang dek orang tuanya ke!!?. Dan sekarang, walau dengan orang yang dicintai dulu tak tahu khabar berita, namun kenangan indah cinta pertamanya sukar untuk dilupakan.

Kan, aku dah boleh bagi satu hipotesis yang menyokong teori tadi. Iyerlah, ada sorang ustazah tu kata… sorang itu ada tujuh lagi yang seiras sama.  Hmmm….boleh dikaji seterusnya. Mungkin isteri baharunya ni sahabat istimewanya ke? Haa… kan dah ada dua hipotesis yang menguatkan hujahku tadi.

Lagi satu yang lebih menarik…..! Kawan aku tu cerita tadi kalau tak silap, kedua-dua isterinya tu pun dah kenal sebelum ini.

Haaa…. lagilah senang, teori yang nak aku hubungkan. Aku pun dah boleh buat kesimpulan. Tentu sel-sel otak ustazah pun dah boleh berhubung! Tentu, semakin bijak ustazah sekarang!!! Lagi, bila aku dah cerita rahsia celup sana dan celup sini…! Haaa…kan.. baru cerita semalam. Dah bijak!! Heheeheee….rahsia itu aku dapat dari orang yang dah mengamalkan.

Orang sains macam aku ni, jangan nak berteka-tekilah….! Lagilah kalau masuk bab kimia… dengan ikatan dan persamaan kimia boleh aku hubungkan. Kalau suruh lukis molekul yang terhasil pada sebatian yang terbentuk pun boleh. InsyaAllah, boleh lagi lah walau sudah lama tak diulang. Tulum lagi nanti aku masuk biologi dan fiziknya. Proses semulajadi, enzim yang dirembeskan dan faktor suhu, tekanan atau perubahan tenaga. Ohhh bestnya. Bekas Jurutera Kimia! Walau rasa dulu sebagai Jurutera Analisis dan Proses tidaklah diguna sangat kepakaran di kerja-kerja lapangan tetapi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari hipotesis pada teori yang dilontarkan oleh kawan tadi boleh aku temui jawapannya.

Plak tu dengan potensi bahasa kiasan dan metafora, mudah untuk aku membaca yang tersurat dan tersirat.

Semasa melayari bacaan internet tertarik aku pada topik SAHABATKU MADUKU….

dan catatan terakhir pada rencana berkenaan ialah…

“Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih,” katanya.

Pautan penuh sila tekan link berikut….

http://www.hmetro.com.my/node/170314

.

.

tetiba ada sedikit kekuatan aku membaca ini. Lebih bersemangat gituu aku nak amal rahsia tadi…. haahaaahaaa….jangan marah!!

(Ada lagi topik yang aku bincangkan tentang kawan tadi. Nanti aku catat lagi jk berkesempatan… Menarik juga topiknya!)

Catatan 156

Syukur… Alhamdulillah! Program berjalan seperti yang dirancang. Pagi-pagi walaupun datang agak pagi dari kebiasaan, aku pastikan semua berjalan tanpa sebarang masalah.

Tanpa sebarang masalah…! Tipulah! Iyer, tipu! Bersemangat aku pagi-pagi datang, bila sampai jer, nak bergerak aku dapati sambutan kurang menggalakkan. 8/13 kedatangan. Terburuk daripada yang aku jangkakan. Paling koman pun, aku agak 11/13 jer yang hadir….tapi apabila mencecah 5 orang yang tidak turut serta, aku anggap fail perancangan aku. Iyer GAGAL!!!!

Sori ler… aku ada standard sendiri pada KPI tugas yang aku anjurkan.

Ok kedua, semua ikut plan…. bagus! Sampai jer sana aku bersyukur kerana sudah 3 atau 4 kali aku dapat menjejak lagi bumi aku dimana pertama kali aku tengah frust mencari kedamaian. Iyer, masa aku frust hampir 5 tahun lewat 15 tahun lalu, aku ke tempat itu menenangkan fikiran. Memandu jauh, tak ada kerja rasanya sampai pagi menghabiskan waktu bersiar-siar melihat kehijauan, kesuburan dan ketenangan alam bumi ciptaanNYA.

Ia, hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang. Iyer, kembali kepada alam ciptaanNYA. Kerenung kejadian sekeliling. Pokok bakau di kehijauan tropika menggamit kehidupan bukan sahaja flora malah fauna lainnya. Keseimbangan wujud yang saling perlu memerlukan dengan sekecil-kecil tumbuhan atau binatang saling bergantung antara satu sama lain.

Namun, dengan kesungguhan aku membawa murid supaya beradaptasi dengan persekitaran luar, tindak-tanduk rakan kekadang menjengkelkan. Asyik jer bergambar. Sikit-sikit berselfie. Trend terkini yang paling aku tidak gemari. Menyampah.

Pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal ‘selfie’ adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan. “Apabila ‘selfie’ sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak ‘selfie’ maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia,” katanya lagi.

Iyer, akan aku komen dua kelemahan program yang aku anjurkan ini pada laporan yang akan aku siapkan.

Bukan aku nak mengampu bos. Tetapi kalau bos tak tanya pun, itu akan aku tulis dalam laporan sebagai langkah-langkah yang akan aku ambil tindakan pada masa depan apabila membuat program supaya tidak berlaku lagi.

 

Catatan 155

Sebelum keluar kelas tadi, dia mengingatkan aku supaya yang aku dapat berjumpa dengan parent murid yang akan terlibat dengan program esok. Aku diam sahaja dengan cadangannya itu. Malah, sebelum itu dia juga mengatakan seorang parent akan menghantar dokumen yang akan diperlukan pada lewat tengahari kerana borang asal basah terkena air. Aku pun diam sahaja. Ya tidak. Tidak pun tidak. Dia yang memang ramah berbicara. Aku memang pendiam pun. Hihiihiii….!

Sebelum tu… aku memanggilnya dan memberinya RM500 untuk ‘nafkah belanja bulan ni’. Hmmmm… cukuplah tu! Sempat dia bergurau….”Jom Suk**t, kita berbelanja….”, katanya sambil memimpin murid. Aku katakan padanya yang aku tak sempat lagi nak audit perbelanjaan lalu.

Tepat jer waktu… aku pun mengetip kad perakam waktu. Itupun dah lewat sebenarnya, apabila aku terdengar panggilan solat yang berkumandang sayup dari tempat suci ibadah di persimpangan jalan besar menuju laluan pulang. Tak ingat langsung tentang pesanan -vkvkv-…! Dalam otak aku, habis aku dah ditinggalkan oleh imam nanti ni! Segera aku memandu di tempat yang hendak dituju.

Selesai mengemas dapur dan meja makan, berehat sebentar menghilangkan letih. Segera teringat sahabat istimewaku tadi ada berpesan. Alamak…. lupa lagi!!! Buah hatiku dah pesan tadi, tapi lupa plak….aku berbisik sendiri dalam hati. Segera aku mencatat mesej..

“Salam. -Vkvkv-, maaf mengganggu….” itu jer ayatnya lalu terfikir-fikir macam malas jer nak menghantar mesej kat dia. Macam aku plak jer yang tergilakan dia. Bukan apa. Aku cuba mengawal perasaan ini. Tak baik. Mengacau orang. Ustazah dah bagi khutbah tadi. Janganlah Z**….! Lebih kurang begitulah ayat-ayat cintanya tadi. Oppss ayat cinta plak! Nasihat dia pada adiknya ini. Walaupun aku memang tak boleh! Tapi sekarang ni tengah berusaha ler ni. Tapi aku sendiri pun tak yakin. Memang aku tidak boleh melupakan kenangan impian yang aku bina sejak sekian lama.

Iyer…!! Impian aku bukan baru semalam aku anyam. Tidak, dah lama aku anyam daun mengkuang ini dengan corak indah yang aku idam dan impikan sendiri. Dah nak menjadi tikar pun…! Cuma tak disimpulkannya sahaja di penghujung tikar, tapi nampaknya belum aku gunakan. Ntah bila siap. Dulu tinggal sikit jer lagi. Tetiba tertangguh impian aku. Sekarang sudah ada semangat nak menganyam semula, tetapi anyaman itu jadi serba tak kena.

Petang-petang tadi, aku melengkap mesej yang tertangguh tu dan aku hantar juga buat -vkvkv-, walaupun dia pernah berpesan kalau boleh jangan menghantar mesej di luar waktu kerja. Tapi, saja aku hantar kerana kes kecemasan yang aku maklumkan tentang aktiviti esok. Sori yer sayang…! Janganlah bergaduh. Aku nak dia rukun hidup berkeluarga. Aku harap dia gembira bersama keluarga dan anak-anak. Aku tak nak meruntuhkan masjid. Nanti ustazah marah! Hahaahaaa…! Biarlah aku melayan coretan aku yang santai ini sorang-sorang! Walaupun sejak kebelakangan ini rating pembacanya meningkat begitu ketara sekali.

Maaf yer, ini catatan suka-suka. Iyer, catatan ini ialah kesinambungan catatan rasa hari ini, esok dan semalam. Lebih kurang isinya tentang catatan kembara untuk legasi cinta pertama. Catatan itu memang feeling habis….. Hahaaahaaaaaaaaaa…. tak adalah…

Catatan 154

Ngko duduk sini ler ada kerusi….!

Tetiba aku terpaksa mendengar khutbah plak pagi-pagi ini selepas sunat dhuha. Kalau tak silap, solat sunat yang ada khutbah selain hari raya, ialah solat sunat gerhana. Kalau yang lepas-lepas, kebiasaanya perkongsian ilmu biasa dan rahsia kedewasaan sahaja. Kali ini, seperti seolah-olah disoal siasat dan dikorek rahsia cinta aku yang gila-gila ni…

Hai….! Tak apalah… sekurangnya aku sedia mendengar intipati yang hendak disampaikan. Tetapi jawapan akhir aku…..Tak Boleh!!!..  Haaa…degilnya adik akak ni kan!!(?)

Teringat aku pada perumpaan seorang motivator semasa aku belajar dulu. Ada tiga jenis tusukan tongkat. Satu tongkat ditusuk dari kanan terus tembus ke kiri! Ok, situasi kedua….tongkat ditusuk tetapi melantun keluar balik….! Nak masuk pun susah sangat! Lepas tu melantun plak tu! Kalau ditusuk dari kanan, tak boleh tembus tapi melantun dari kanan balik! Kalau ditusuk dari kiri pun sama…., tak boleh tembus tapi automatik terus melantun keluar dari kiri juga. Dan, situasi ketiga…..tongkat ditusuk, senang jer! Smooth jer masuk…. lepas tu berhenti. Hmmm…. seronoknya rasa dikemut. Srrrr…srrr…gitu! Tersimpan elok! So, yang mana sesuai dengan situasi ku tadi. Cer….teka….cer teka!!!

Dalam mengharungi detik waktu selepas aku memujuknya lewat minggu lalu, hari ini aku terus mencari -vkvkv- , di mana dia berada. Hmmm… sajer… rindulah! Aku cuba bertanya dan berborak dengannya. Hmmm…berbaju T-shirt kuning, cantik dia aku pandang! Hai… kenapalah….! Tapi, tak boleh tengok wajahnya lama-lama. Sekejap jer… pastu tengok lain. Pastu kalau nak tenung dia pun jangan sampai lama bertentangan mata. Tak boleh. Tapi, walau tak boleh, aku cuba nak tenung dia jugak. Takut tak tenung nanti dia merajuk lagi nanti. Dah kena pukul…! Opppsss…tersasul… dah kena pujuk dia lagi nanti. Heheeeheeee…

Lepas itu, selang beberapa ketika, aku mencari dia lagi, meminta tolong untuk aktiviti esok! Saja jer… nak merapatkan lagi ukhwah yang terjalin. Sempat merenung wajahnya lama sikit. Menerawang aku ke langit biru….KALAULAH DIA….(dot dot dot), dah lama sy nak minta tlg akak…(dot dot dot)….. Hehehe…

Jangan mare….