Catatan 182

Di keheningan sepertiga malam aku bermunajat rindu ini untukNYA… dikesampingan itu aku luahkan rindu ini buatnya juga. Ntahlah…siang tadi, tengah aku sibuk, melayan pokok sayur yang separuh kehausan dan sebilangan kecil yang kering kontang..sayup kedengaran dari jauh degup langkah yang semakin hampir di sebalik kakilima bangunan.

Aku tak syak dia pun. Sungguh. Iya…subhanallah…iyer.. semakin dan sentiasa manis aku menatap wajahnya. Walaupun dari sipi-sipi saja aku menatapnya. Dia tunduk sahaja. Bertuahnya andai dia isteriku. Aku mengelamun jauh. Aku belum berpeluang sepertinya. Semakin hari semakin berisi. Seronoknya…

Catatan 179

Dah 6 bulan yer -vkvkv-?

Begitulah kurang lebih soalan yang aku dengar. Dia dah melangkah keluar jauh dari bilik yang aku ada didalamnya tadi. Aku diam sahaja semasa dia berjalan di belakang aku tadi. Saja aku tidak mahu menegur dan mengganggu ketenangan ini. Iyer jer tenang….Hmm, aku memang cuba menenangkan diri. Kerana itu aku tidak mahu melihat wajahnya. Mendengar namanya pun aku dah terdesir di hati. Belum lagi bertentang dan melihatnya.

Namun, gelora hati ini aku tidak mampu menghalang. Dalam aku sibuk hendak mendapatkan tandatangan sahabat-sahabat lain semalam, tetiba bertembung aku ketika hendak keluar dari kelas. Dia betul-betul dihadapan pintu. Maka aku meminta bantuan darinya untuk tugas yang aku dipertanggungjawabkan ketika ini. Dia gembira sahaja. Mungkin sengaja menunggu permintaan aku untuk mendapatkan bantuannya. Dia melakukannya seperti yang aku kehendaki. Alhamdulillah. Begitulah senangnya untuk kami berdua bekerja. Profesional yang aku inginkan. Namun rindu jadinya jika tidak bersua dengannya.

Memulakan tahun ini di bilik pertama kali aku memulakan tugas di hari itu kira-kira 10 tahun lalu dengan dia mula melaporkan diri dengan situasi dirinya ketika ini, membuatkan aku semakin jatuh ‘cinta’ pula. Sejarah seperti berulang-ulang. Walaupun dalam lirik dam melodi berbeza, tetapi masih dalam satu lagu yang yang sama. Iyer….imbas kembali catatan di pautan ini..

 

Catatan 178

Dah itu takdirNYA. Nak buat macam mana. Aku mengikut arahan sahaja. Dari atas pentas, sahabat istimewa di hati ini berdiri benar-benar setentang denganku. Aku tidak boleh mengelak dari memandang wajahnya. Berbaju merah hitam sesuai dengan keadaan dirinya sekarang.

Hmmm…manisnya. Suara hatiku. Memang itulah penilaianku. Dia tunduk sahaja. Makin manis aku pandang dari sehari ke sehari. Itulah ujian yang aku terima. Tetapi, bukan aku tidak mengawal gelora hati ini. Ini catatan sahaja.

Sombong yer sekarang….!

Begitulah dia mengusik aku beberapa hari lalu, ketika aku berlalu di hadapannya ketika hendak masuk ke bilik gerakan. Aku terdiam sahaja. Tersentak pun ada. Mungkin hanya senyum yang mampu aku beri respon untuknya. Aku tidak berkecil hati pun dengan gurauannya.

Memang aku tidak menjejak masuk ke dalam bilik yang aku urus sejak aku megawas peperiksaan awam hujung tahun lalu. Di kesempatan “cuti” itu, aku dikhabarkan terpaksa ‘keluar’ dari program yang aku urus.

Sedih memang sedih….namun, bukan masa untuk meratapi kesedihan itu dalam tempoh panjang. Tetapi terasa dalam hati juga. Mungkin ada hikmah disebalik ketentuan ini. Aku semakin jarang untuk bersembang dengannya sejak tahun lalu lagi.

Dia tahu itu. Dia sedar. Kerana itu, dia mengusiknya yang aku semakin sombong sekarang. Nak buat macam mana. Bukan itu yang aku pinta. Kalau ikut kehendak hati, aku nak lebih…! Jangan!! Jangan ikut kata hati! Jangan ikut kata akal! Tapi ikut syariat! Alhamdulillah.

Maaf aku, jika dia kata aku semakin ‘sombong’ sekarang! Tak apalah. Aku akan luangkan sedikit masa untuk aku bersembang dengannya nanti. Tetapi bila…? Ntahlah. Dia tetap istimewa di hati ini.  Biarlah takdir menentukan.