Catatan 199

Sebulan lagi genap usiaku seperti yang aku nanti-nantikan…

Semakin tua aku. Banyak yang aku impikan lewat beberapa dekad lalu seperti tersasar. Ntahlah. Sekurang-kurangnya aku dah berusaha sebaik mungkin. Aku berusaha ingin mencapai dalam tempoh ini.

Mungkin gagal. Atau mungkin tidak berjaya. Mengaku jelah. Anda gagal. Tak luak pun. Kepada sesiapa yang pernah mengenali diri ini…itulah aku. Aku tak akan kenal erti putus asa.

Kalau itu sudah suratan. Redha. Itulah takdir yang perlu aku terima. Iya. Alhamdulillah.

Namun bukan bermaksud aku hendak melawan takdir. Aku berusaha. Namun usaha itu tentu dikadarkan dengan masa yang ada. Jangan tersasar yang lain. Itu sentiasa aku ingatkan untuk diri ini. Bukan satu impian aku. Banyak lagi.

Bukan ker satu kosong tiga…

Ini catatan yang terakhir di laman ini sebelum rasminya aku tutup masa -vkvkv- akan ber***** nanti. Kata akak aku 24hb nanti sempena hari jadinya. SubhanaLLah. Seronoknya andai dia isteriku.

Apapun tahniah untuknya. Aku bahagia melihat sahabat istimewaku bahagia.

Advertisements

Catatan 161

Cuti 3 hari, walaupun rehat sepenuhnya…tetapi seperti tidak lengkap aku rasakan jika tidak mengenang seseorang. Pastinya koleksi dalam folder sesekali aku buka untuk mengubat hati ini. Catatan rasa hari ini, esok dan semalam serta kesinambungannya ini sesekali aku selak kembali untuk mencari semangat pada impian dan perjalanan akan datang.

Biarlah orang lain kata apa, namun selagi aku menjaga tertib langkah ini walaupun kekadang tersandung, cepat-cepat aku mengimbangi diri agar tidak tersungkur. Aku tidak berjalan tempang. Cuma langkah ini tidak seragam. Kekadang besar, dan adakalanya kecil. Bukan mudah. Namun impian hidup ini besar. Impian yang rasanya sudah banyak tercicir dengan masa dan keadaan.

Aku tidak menyalahkan takdir. Kekadang rasa kecewa, putus asa dan gelisah terhadap usia yang semakin hampir. Hanya padaNYA aku panjatkan syukur, walaupun ada rasa seperti kehilangan, banyak lagi peluang dan sokongan yang boleh digapai. Harap tiada sesiapa yang terguris, dalam impian aku mencari sesuatu yang belum tercapai.

Sesetengah orang mungkin senang. Tetapi rezeki orang tak sama kan !(?). Mungkin orang lain tak ada apa yang aku ada. Begitu juga orang lain ada apa yang aku tak ada lagi. Cantiknya. Indahnya ciptaan Tuhan. Pastinya, aku sentiasa panjatkan impianku ini agar tercapai jua.

Kalau tidak tercapai di sini, InsyaAllah akan ada bahagiannya di sana. Hanya kepadaMu Ya ALLAH aku bermohon.

 

Catatan 155

Sebelum keluar kelas tadi, dia mengingatkan aku supaya yang aku dapat berjumpa dengan parent murid yang akan terlibat dengan program esok. Aku diam sahaja dengan cadangannya itu. Malah, sebelum itu dia juga mengatakan seorang parent akan menghantar dokumen yang akan diperlukan pada lewat tengahari kerana borang asal basah terkena air. Aku pun diam sahaja. Ya tidak. Tidak pun tidak. Dia yang memang ramah berbicara. Aku memang pendiam pun. Hihiihiii….!

Sebelum tu… aku memanggilnya dan memberinya RM500 untuk ‘nafkah belanja bulan ni’. Hmmmm… cukuplah tu! Sempat dia bergurau….”Jom Suk**t, kita berbelanja….”, katanya sambil memimpin murid. Aku katakan padanya yang aku tak sempat lagi nak audit perbelanjaan lalu.

Tepat jer waktu… aku pun mengetip kad perakam waktu. Itupun dah lewat sebenarnya, apabila aku terdengar panggilan solat yang berkumandang sayup dari tempat suci ibadah di persimpangan jalan besar menuju laluan pulang. Tak ingat langsung tentang pesanan -vkvkv-…! Dalam otak aku, habis aku dah ditinggalkan oleh imam nanti ni! Segera aku memandu di tempat yang hendak dituju.

Selesai mengemas dapur dan meja makan, berehat sebentar menghilangkan letih. Segera teringat sahabat istimewaku tadi ada berpesan. Alamak…. lupa lagi!!! Buah hatiku dah pesan tadi, tapi lupa plak….aku berbisik sendiri dalam hati. Segera aku mencatat mesej..

“Salam. -Vkvkv-, maaf mengganggu….” itu jer ayatnya lalu terfikir-fikir macam malas jer nak menghantar mesej kat dia. Macam aku plak jer yang tergilakan dia. Bukan apa. Aku cuba mengawal perasaan ini. Tak baik. Mengacau orang. Ustazah dah bagi khutbah tadi. Janganlah Z**….! Lebih kurang begitulah ayat-ayat cintanya tadi. Oppss ayat cinta plak! Nasihat dia pada adiknya ini. Walaupun aku memang tak boleh! Tapi sekarang ni tengah berusaha ler ni. Tapi aku sendiri pun tak yakin. Memang aku tidak boleh melupakan kenangan impian yang aku bina sejak sekian lama.

Iyer…!! Impian aku bukan baru semalam aku anyam. Tidak, dah lama aku anyam daun mengkuang ini dengan corak indah yang aku idam dan impikan sendiri. Dah nak menjadi tikar pun…! Cuma tak disimpulkannya sahaja di penghujung tikar, tapi nampaknya belum aku gunakan. Ntah bila siap. Dulu tinggal sikit jer lagi. Tetiba tertangguh impian aku. Sekarang sudah ada semangat nak menganyam semula, tetapi anyaman itu jadi serba tak kena.

Petang-petang tadi, aku melengkap mesej yang tertangguh tu dan aku hantar juga buat -vkvkv-, walaupun dia pernah berpesan kalau boleh jangan menghantar mesej di luar waktu kerja. Tapi, saja aku hantar kerana kes kecemasan yang aku maklumkan tentang aktiviti esok. Sori yer sayang…! Janganlah bergaduh. Aku nak dia rukun hidup berkeluarga. Aku harap dia gembira bersama keluarga dan anak-anak. Aku tak nak meruntuhkan masjid. Nanti ustazah marah! Hahaahaaa…! Biarlah aku melayan coretan aku yang santai ini sorang-sorang! Walaupun sejak kebelakangan ini rating pembacanya meningkat begitu ketara sekali.

Maaf yer, ini catatan suka-suka. Iyer, catatan ini ialah kesinambungan catatan rasa hari ini, esok dan semalam. Lebih kurang isinya tentang catatan kembara untuk legasi cinta pertama. Catatan itu memang feeling habis….. Hahaaahaaaaaaaaaa…. tak adalah…