Catatan 191

Geseng…

Lebih kurang macam tu ler ungkapan yang terpacul. Seharian berpanas sempena hari sukan sekolah yang diadakan untuk kawasan selatan. Bersama-nya juga ada promosi sukan peringkat nasional yang bakal berlangsung bulan 8 nanti. Meriah ler juga. Pastinya memenatkan.

Esok pula ada pemantauan. Membosankan itu dah pasti. Apapun itu dah kerja mereka. Aku tetap macam ni. Melihat dari jauh sahabat istimewaku yang menanti detik yang ditunggu untuknya. Aku tidak. Aku nak emaknya. Hehehee… tentu marah ustazah bila membaca komen ku ini.

Hari ini dia mempelawa aku, air kopi panas tika aku sibuk mencari air untuk membasahkan tekak. Tetapi aku tidak mengambilnya pun. Aku jual mahal. Heheeheeee….

Memanglah. Makin manis aku pandang wajahnya. Dia semakin diam kini…. Agaknyalah. Itu penilaian aku sejak kebelakangan ini. Tak apalah. Aku tak kecik hati pun. Sedikit cemburu tu adalah. Hmmm….bilalah aku ada rezeki sepertinya. Ataupun, bilalah aku ada rezeki denganya. Sudah…sudahhh…

Catatan 190

Seronok aku tengok sahabatku ini. Kenderaan berat memang jalannya slow. Heheeheee….

Beberapa hari lalu, dari jauh akak aku senyum lalu memanggil dari jauh.
“Z**….akak minta maaf! Akak tak perasan. Baru semalam akak baca…!”

Hhhhhh….dah tau dah. Ini memang kes tak sedar ni. Tak apalah. Pesoalan dah terjawab pun.

Catatan 188

Pagi tadi, seorang sahabat menegur lalu bersembang dengannya. Ntah apa yang aku perkatakan. Aku pun dah tak ingat. Bukan apa. Tak penting pun untuk aku catat di sini. Tak ada maknanya… Heheeheee…. Itulah hastag dia… Namun dalam aku bersembang, baru aku perasan, ada mata yang memandang aku jauh di suatu sudut di dalam kelas. Aku perasan lama dia merenung aku dari kejauhan.

Cepat-cepat aku berlalu pergi. Aku tahu, aku dah lama tak bersembang dengannya. Bukan apa, aku tidak boleh melihat wajahnya. Mungkin dia sedar itu.

Aku mengandaikan….dengan dia, boleh plak C**** ni bersembang….dengan aku tak plak…

Hmmm….itulah aku…kelu lidah aku bila bertentang mata dengannya.

Catatan 187

Baru semalam aku mencoret perasaan di sini. Ntahlah. Tetiba aku dah tak boleh tidur semula. Segalanya bagai ada yang tak kena. Aku mendapat jawapan….?? Minggu ini seminggu aku bertugas seperti rakan-rakan lain sebelum giliran aku. Tiada karenah yang sukar untuk aku ladeni.
Seorang akak, memberitahuku, Z**…ko arini bertugas bersama C**** K**…!

Catatan 186

Tetiba akak aku bertanya…. “Sedih??” Seakan mengusik aku nadanya. Tak terkata aku menjawabnya. Dalam hati aku berkata…”Tak..! Dah semakin berkurang…tapi semakin rindu adalah…!”

Hahaahaaaa….begitulah aku.

Memang aku semakin rindu dibuatnya. Nak buat camana. Disinilah aku mencoret perasaan. Macam-macam yang aku rasa. Pahit. Manis. Masam….kelat. Namun kekadang dah semakin tawar pun ada. Untuk akak aku, dia yang banyak aku jadikan rujukan.

Dapat akak ustazah pun jadilah… daripada tak ada. Dulu impian aku nak cari bini ustazah. Hmmm….kenangan semalam yang amat berharga tetap aku simpan dalam memori hidup aku. Cukuplah. Berharga sekali. Memori ini sukar terpadam walau dah berapa kali aku format semula perancangan hidup aku.

Kerana itu, apabila ustazah bertanya tadi… sukar untuk aku menangkap maksudnya. Pastinya, akak aku tahu rahsia hidup laluku. Aku yakin benar, dia pun dah tak ingat apa yang aku lalui.

Tengahari tadi….tetiba aku bertembung dengannya. Berselisih. Seperti nak berpatah balik, namun terfikir apa katanya nanti. Aku buat seperti biasa ketika berselisih berdua dengannya. Dia menjeling melihat aku. Berdebar aku melihat wajahnya. Hmmm…cantiknya sahabat aku. Lama aku tak berborak dan bersembang dengannya. Aku bukan tidak mahu. Tetapi aku tak mampu melayan gelora hati ini. Tak boleh tidur malam nanti aku dibuatnya.

Apapapun aku semakin rindu dibuatnya. Iyer, aku sangat merindui sahabatku.

 

Catatan 185

Dia semakin menanti. Aku semakin jauh kini. Aku mula mengasing diri darinya. Tapi, aku bahagia melihatnya. Mudah-mudahan dia sentiasa bahagia dan sihat sentiasa. Esok lusa semakin dekat untuknya. Makin rindulah aku untuknya.

Tak apalah. Dah suratan sedemikian. Aku terkenang mula-mula aku nampak di tempat mula aku bertukar kerjayaku di sini. Tup tup…dah sepuluh tahun berlalu. Dia kini semakin membesar dan membesar seperti mula-mula aku “jatuh hati” semula…

Mungkin esok… mungkin lusa… mudah-mudahan selamat. Itulah doaku untuknya. Awaklah sahabat istimewaku di sini.

Awak istimewa sentiasa…