Catatan 101

Semalam, dia memandang aku dari kejauhan. Lama dia memerhatikan aku berjalan dari laluan berbumbung keluar menuju ke kaki lima bangunan. Tak selesa plak aku bila dia memerhati macam itu. Tapi aku buat tak tahu saja memandangkan dia juga mungkin tengah mengawal murid yang sedang melakukan aktiviti PJK di kawasan parking di hadapan pintu masuk.

Selang setengah jam berlalu, semasa aku lepas bersarapan nasi goreng, dia menyapa…tak makan?. Aku pun terpinga-pinga, kepada siapakah dia bertanya tadi. Aku pun tak menjawab. Mungkin dia nak bertanya kat aku tetapi aku jual mahal sebenarnya. Atau kepada kawan lain. Lalu kawan yang duduk di hadapan membantu aku menjawab soalannya. A**** dah habis lama dah…Aku hanya menoleh melihat wajahnya. Bertudung hitam, berkaca mata. Itu yang aku tak tahan tu. Berbaju T merah hitam..cantiknya dia. Aku memang dah lama jatuh hati kat dia. Pakkallah dia dah kawin… Tetapi perasaan ini tak mampu aku tipu dan buang.

Masa membuka emel, terkejut aku kenapa tiba-tiba dia menghantar gambar kepadaku. Dua gambarnya dan satu gambarku. Kenapa yerk?? Aku tak minta pun, tapi apa yang sedang berlaku. (?)

Adakah dia juga sakit jiwa sepertiku. Hmmmm….. semalaman aku memikirkan. Namun emel itu sempat juga aku balas. Terima kasih…

Advertisements