Catatan 102

Untuk kakak aku bagi sebagai pengeras…tetapi untuknya aku bagi kerana aku keras apabila menengoknya. Bisikan nakal. Aku bawa dua biji hari ini, tetapi seperti tak lancar plak seperti kebiasaan kalau aku nak memberikan kepadanya. Tak apalah, satu aku bawa balik semula. Esok akan aku letakkan dalam keretanya sepertimana yang lepas-lepas.

Sebelum itu, dihadapan abang dan kakak aku bagai melepaskan mesra dan rinduku untuk ibunya. Cantik. Manis. Jauh menusuk ke dalam hati. Anak-anaknya mungkin perasan yang aku saja buat-buat sibuk dengan ibunya yang aku sekadar nak ajak berborak kerana aku memang merindui dan jatuh cinta kepadanya. Seronoknya, kalau abang dan kakak itu jadi darah dagingku. Itu yang aku fikirkan semasa kakak dan abang berintraksi dengan ibunya itu.

Malah sengaja aku berjalan beriringan bersembang bersamanya dihadapan anak-anaknya itu menuju ke tempat rehatnya. Apa-apa esok gitau yer. Sapaan terakhirnya tengahari itu sebelum sama-sama mencari haluan masing-masing.

Advertisements