Catatan 175

Alhamdulillah…biasa lalu sahaja. Hari ini berpeluang sempena ada urusan di sana. Tak akan aku lepaskan peluang ini. Pagi-pagi sebelum melalui kawasan itu, aku sudah berkata dan sematkan dalam minda hati ini.

Ehh… awalnya. Macam jadi pak imam! Adik kebetulan menegur apabila kaki mula berangkat keluar. Aku diamkan saja dengan senyuman dan tekad yang aku semat selama ini.

Mencari parkir mudah sahaja. Walau ada kekosongan di bahagian lebih dekat, aku berputar semula menuruni sengaja mendapatkan tempat yang agak jauh terkebawah sambil memandang dari kejauhan.

Subhanallah.

Aku mendapatkan sudut yang paling cantik dan indah di tempat itu. Selayaknya ia dipenuhi dan dimanfaatkan sebaiknya. Memang memuaskan segalanya. 200% aku memberi penilaian serba-serbinya sempurna selayak nama yang diberi.

Sebelum pulang sengaja keluar agak lewat memerhati persekitaran dalam dan luar, beratur mendapatkan buah tangan cendol spesial 3 cawan yang dijual tiga anak dara(ye ker) di laluan berhampiran.

Alhamdulillah. Walau sedar anak sedara komplain kenapa tak sedap macam hari itu. Aku diam sahaja. Malamnya aku lalu semula di laluan kebiasaan tetapi keterujaan itu sudah sedikit kurang. Namun ia pengalaman yang tak akan aku lupakan. Jika berpeluang, tak rugi rasanya jika berkesempatan semula.