Catatan 186

Tetiba akak aku bertanya…. “Sedih??” Seakan mengusik aku nadanya. Tak terkata aku menjawabnya. Dalam hati aku berkata…”Tak..! Dah semakin berkurang…tapi semakin rindu adalah…!”

Hahaahaaaa….begitulah aku.

Memang aku semakin rindu dibuatnya. Nak buat camana. Disinilah aku mencoret perasaan. Macam-macam yang aku rasa. Pahit. Manis. Masam….kelat. Namun kekadang dah semakin tawar pun ada. Untuk akak aku, dia yang banyak aku jadikan rujukan.

Dapat akak ustazah pun jadilah… daripada tak ada. Dulu impian aku nak cari bini ustazah. Hmmm….kenangan semalam yang amat berharga tetap aku simpan dalam memori hidup aku. Cukuplah. Berharga sekali. Memori ini sukar terpadam walau dah berapa kali aku format semula perancangan hidup aku.

Kerana itu, apabila ustazah bertanya tadi… sukar untuk aku menangkap maksudnya. Pastinya, akak aku tahu rahsia hidup laluku. Aku yakin benar, dia pun dah tak ingat apa yang aku lalui.

Tengahari tadi….tetiba aku bertembung dengannya. Berselisih. Seperti nak berpatah balik, namun terfikir apa katanya nanti. Aku buat seperti biasa ketika berselisih berdua dengannya. Dia menjeling melihat aku. Berdebar aku melihat wajahnya. Hmmm…cantiknya sahabat aku. Lama aku tak berborak dan bersembang dengannya. Aku bukan tidak mahu. Tetapi aku tak mampu melayan gelora hati ini. Tak boleh tidur malam nanti aku dibuatnya.

Apapapun aku semakin rindu dibuatnya. Iyer, aku sangat merindui sahabatku.

 

Leave a comment