Catatan 174

Aku hari ini MC lagi. Hampir 2 minggu batukku tak hilang-hilang. Pagi-pagi aku memberi mesej awal kepada Ketua Pengawas kendatipun semalam pagi-pagi hari aku telah maklum hal ini. Hormat sebagai seorang kawan, lebih-lebih lagi dia adalah ketua yang juga orang lama yang akan bersara bulan 8 tahun hadapan.

Apoinment biasa saja. Sebagai rutin dua bulan atau tiga bulan sekali. Buku rekod hilang tak ke mana. Namun sudah dimaklumkan awal sebelum ini atas permasalahan yang aku hadapi. Ntah kemana aku ingin menghiburkan hati. Ntah…Ke mana perginya hati…Ke mana hilangnya rasa….Ku takkan berkecil hati….Ku takkan rasa kecewa…Walau pedih pilu di hati… Kau kuiring senyum mesra…Opsss…melalut plak!

Dapat nombor giliran pendaftaran setelah nama dipanggil, timbang, menunggu nombor, berjumpa jururawat, check-up, jumpa doktor, ambil ujian darah, pergi makmal, pergi x-ray, pergi tandas, check mata, jumpa doktor lagi sekali, hantar buku, buat apoiment lagi, pergi farmasi, pergi kafeteria, pergi tandas, pergi kereta, pergi tandas lagi, pergi kereta dan drive balik. Hmmm…..itu belum setel lagi. Petang-petang keluar pergi farmasi menyelesaikan urusan yang belum selesai.

Hajat di hati ingin jumpa bos, selepas menunaikan kewajipan berjamaah di masjid berdekatan nampaknya tertangguh lagi. Semalam dah cantik, line macam clear, tetapi ada urusan keluarga yang lebih penting. Tengoklah nanti bila hajat ini akan tertunai. Kita merancang tetapi PerancanganNYA itu jua yang menentukan. Alhamdulillah. Aku bersyukur.

Kekadang hati ini rindu. Iyer rindu sungguh! Rinduu sangat-sangat!! Tetapi ada kebaikan pada PerancanganNYA yang kita tidak tahu. Semoga apa yang aku rancang sentiasa dalam rahmatNYA. Ameeen InshaAllah.

Berita yang terkesan hari ini, aku terbaca jenazah di tanah perkuburan Serkat Pontian masih utuh walau sudah lama dikebumikan. SubhanaLLAh. Banyak pengajaran aku renung diri ini. Bagaimana pengakhiran hidup ini Ya ALLAH. Ampunkan segala dosa-dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa seluruh kaum keluargaku, dosa guru-guruku, sahabat-sahatku serta seluruh muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s