Catatan 169

Aku masuk seperti kebiasaannya. Namun aku tidak memberi kerja untuknya. Nampak, dia sibuk melayan budak untuk urus diri sebelum waktu rehat. Aku pun tidak menegurnya secara langsung. Ntahlah kelu agaknya lidah.

Dia menolong menyiapkan kerja seorang kawan yang aku meminta tolong untuk menyiapkan kerja sebelum diberi kepada murid. Hmm, pandai dia menyesuaikan diri. Walaupun kerja tadi aku tidak memberi kepadanya, tetapi dia membantu menyiapkan kerja yang aku beri pada kawannya. Baguslah.

Masuk ke kelas berikutnya selepas aku ada sedikit hal di luar, dia sudah ada di dalam kelas. Aku pun sama perangainya seperti kelas sebelumnya dengan tidak memberi kerja untuknya. Dia seperti mengelak untuk bercakap dengan aku. Aku pun tak kesah. Aku sendiri pun kelu nak cakap dengannya. Kelu lidahku bila bertentang mata dengannya. Apapun dia membantu melancarkan lagi tugasan aku dengan sama-sama membimbing murid yang aku bagi tugasan pada buku aktiviti. Sebelum itu, set induksiku ringkas sahaja dengan meminta murid menyusun mengikut urutan menaik. Dia memerhati sahaja dari sisi.

Aku tak ada idea nak cerita apa. Sesekali dia melihat juga kerja pada program sekolah yang aku beri kepada seorang kawan. Kawan itu menyiapkannya di kelas sebelah. Mungkin dalam hatinya berkata…

‘Hai…dia di bagi kerja, aku tak dibagi kerja plak!’ Agaknyalah….manalah aku tahu hati orang.

Pastinya, hatiku sentiasa suka kat dia… Hahaahaaa… janganlah marah! Kan ini catatan suka suka…

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s