Catatan 167

Hari ini dia berpakaian baju kurung merah jambu berbunga-bunga dan bertudung kuning. Tertunduk sahaja apabila sesi perhimpunan berlangsung pagi tadi apabila aku pandang. Mungkin tak perasan aku pandang sekali sekala sambil melihat sibuknya akak aku mengelolakan rutin di pagi setiap minggu. Banyak idea dia bercakap. Maklumlah ustazah tengah bersemangat memberi peringatan dan tazkirah. Sampai kod aku pun diubahnya juga. Pandai jer…

Selepas itu menghadap bos mengurus kertas kerja aktiviti yang hilang ntah ke mana. Sempat dia bertanya tentang sesi rawatan yang aku lalui.

Oooo…cam tu…, bos aku mengangguk-angguk faham kot agaknya. Mudah-mudahan doa kawan-kawan diperkenankan.

Paling aku pening kali ini, tentang surat MC tak tahu ke mana hilangnya. Pagi-pagi aku dah fotostat sebelum berangkat keluar. Tak lupa, aku dah masuk dalam beg sekali dengan borang rawatan akuan yang aku tunjukkan sebelum ini bagi tujuan rawatan dan cuti. Bos mencadangkan aku agar membuat tuntutan perjalanan. Aku layak katanya. Oklah. Terima kasih banyak bos. Aku nak menjadi anak buah yang bagus. Bos aku memang layak memegang post dia sekarang. Memang dia berkelayakan. Aku belum tentu mampu menghadapi sepertinya. Dia telah buktikan.

Hari ini dia memanggil lagi sekali pasal aset yang telah dipindah dan ditukar-tukar lokasinya. Baguslah tu. Aku sedikit pun tidak berkecil hati. Aku bangga ada bos yang banyak idea. Dia buktikan dia sendiri yang bekerja. Bukan bercakap sahaja seperti parameswara yang banyak berlipurlara.

Tahniah bos. Aku bukan mengampu di sini yer.

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s