Catatan 165

“Cikgu nak kirim?,” tanya -vkvkv- bila mana dia hendak keluar membeli makanan. Hmmm, bestnya aku rasa. Baguslah macam ni. Tentu akak aku pun suka, bila membaca catatan ini.

Lalu aku menghulurkan not sekeping merah untuknya. “Apa-apa pun boleh!”, ujarku ringkas setelah dia keluar pintu setelah memakai kasut untuk tujuan membeli makanan.

Memang, bukan aku sahaja yang gembira, malah dia juga nampak lebih ceria hari ini. Dua jam rasa macam cepat sahaja masa berlalu aku mengajar dibantu dengannya. Macam-macam yang dia tolong tanpa aku suruh. Tetapi, dalam kemesraan itupun, sebenarnya kami tidak bertentangan secara langsung bila berbual. Duduk pun sebelah-sebelah, tapi banyak aku menghadap kanan, dia menghadap kiri. Macam nak menyandar jer kat belakang badannya. Heheheee…

Bukan segan. Tapi entahlah. Apapun, aku sempat melihat wajahnya. Curi-curi pandang gitu… Hahaahaaaa… Dia pun sama.

Hmmm…manisnya bakal isteriku ini. Bila lah yer??? Aku mula menerawang ke langit biru. Tentu seronok bila dia jadi isteriku. Tanpa solekan sangat di wajahnya, aku pun bukan nak tengok wajahnya. Memang dia sentiasa ada di hati ini. Itulah masalahnya. Tengok wajahnya jer aku rasa sejuk hati. Walau dub dab dub dab memang tak hilang. Dah nasib dia. Dah takdir dia jadi mangsa pelanduk yang serupa. Nak wat camana??

Apapun, rasanya dia bertuah menjadi sahabat istimewa di hati ini. Walaupun kini memang sama-sama memendam perasaan, aku lebih kasihan kepadanya. Aku tak kesah sangat. Aku memang kosong tiga. Dia tu…!! Aku tak mahu menjadi punca pada sebuah perbalahan. Kerana itu, aku bahagia melihat sahabat aku bahagia. Aku bahagia melihat sahabat istimewaku bahagia. Itulah yang aku sentiasa ulang-ulang mengingatkan minda bawah sedar diri ini.

Bukan apa…! Aku tak mahu akak aku marah kat aku nanti. Heheeheee….!

Jika ada peluang pun nanti…. aku akan beritahu akak aku antara orang pertama yang tahu… Yerlah…seperti mana ayat memujuk buah hatiku masa dia merajuk dulu…

KALAULAH DIA….(dot dot dot), dah lama sy nak minta tlg akak…(dot dot dot)….. Hehehe…

Esok pagi, aku tak kerja. Aku ada hal. Cadang pagi-pagi aku nak hantar mesej buat -vkvkv-…

“Salam. Sori ganggu. Dah sampai sekolah awak -vkvkv-…? Semalaman membaca dan mencatat di laman peribadi, pagi-pagi tkng awak saja nak in4 saya cuti..! Last minit semalam petang gtau bos… harap jk tiada cikgu relif gtau kat cgu M***. Cgu S**** mungkin tak ada juga agaknya…”

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s