Catatan 164

Sebenarnya dia bengang dengan cop ngko tu Z**!, terang kawan yang juga pembantu bos tentang guru bermasalah ini.

Oklah. Lepas ni aku tak akan guna lagi cop aku. Sensitif rupanya. Walhal aku tak terfikir pun. Sembang aku dengan seorang kawan tadi sempat aku selitkan perihal benda kecil ni. Dulu aku pun tak ada cop. Tetapi dah disuruh, aku pun buatlah. Tupun bukan majikan lama tak tahu. Dah diguna pun untuk dokumen sebelum ini. Kalau macam tu pun, tak guna pun tak apa. Tak ada lagi senang. Bukan aku hendak sangat. Dulu dah disuruh dan disuruh aku pun bukan terus buat. Jadi dah lama asyik ditanya jer hal yang sama maka aku pun buat. Pernah hilang dan buat lagi juga bentuk yang sama. Jadi ingatkan tak ada benda, bila dah terjadi dan terkena orang yang faham lain, yang aku ni lawan towkey agaknya, maka terjadilah hal yang tak dijangja. Lepas ni tahulah di mana aku nak lupus cop aku.

Senang. Tak susah-susah. Jadi dah tak nampak, dah tak terfikir hal yang telah terjadi. Bila dicatat di sini, bila aku baca di kemudian hari, ingatlah sedikit ingatan untuk diri ini. Ok Fullstop.

Hari ini aku tak sembang sangat dengan buah hatiku. Aku bermain bola dalam sesi rutin tugasku, dia duduk di tepi sahaja, tanpa banyak komen. Aku mengajak murid dengan kaedah lain pula. Walaupun ada juga berborak, aku tidak fokus sangat. Aku fokus pada hal yang hendak fokus yang sepatutnya.

Jika sebelum ini mungkin aku rapat dengannya, aku sendiri akan cuba menjauhkan diri. Bukan mudah, tetapi tindakan ini perlu untuk mengelak kemaslahatan umum.

Amboi…! Aku akan cuba. Walau jauh di sudut hati, sebaliknya yang aku harapkan. Tak mengapalah. Biar ada pasang surutnya. Tetapi janji aku buatnya ialah dia tetap istimewa di hati hati ini walau mungkin aku sudah tiada lagi di sini.

Memang aku tak mengharapkan untuk menongkat langit di tempat ini. Mungkin ada yang suka. Tetapi ada lagi yang tak suka. Siapa tahu. Namun, aku tidak mahu hendak membuat sebarang masalah dengan sesiapa di tempat aku bertugas. Nak pergi tempat lain pun jika ditakdirkan nanti, di tempat ini tetap menjadi kawan-kawan aku. Bukan mencari musuh.

Esok, jika ada berita baik pun yang aku impikan, alhamdulillah. Tetapi, jika berita baik pun, mungkin orang lain akan menderita atau kecewa atau sedih. Itu lumrah kan. Pentingnya bukan aku puncanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s