Catatan 162

??

Hanya tanda di atas aku kena panggil bos. Seolah-olah tak puas hati. Dipanggilnya ketiga-tiga pembantunya sebagai saksi. Berleterlah dia tentang surat tunjuk sebab yang aku bagi kat dia.

Eh….bukan!! Aku yang kena jawab surat tunjuk sebab. Aku bukan bagi surat tunjuk sebab. Tapi, aku kena jawab. Maksudnya tentang makluman dalam surat tunjuk sebab yang aku (kami; itu yang sesuai) kena jawab kepadanya. Isu pokoknya bukan besar pun. Miss comunication.

Plak tu, yang menambah “kebimbangannya” seolah-olah aku seperti nak mengajarnya kerana aku guna ‘cop’ aku yang bos kata lebih besar dari dia. Pelik, walhal ‘cop’ aku kecik jer tulisannya. Cop bos aku lebih besar tulisannya.

Tetapi itulah, nak dijadikan cerita, kerana ‘dua tanda soal’ dan ‘cop aku lebih besar’ dari dia menyebabkan aku kena menjawab depannya dan tiga pembantu.

Habis berleter membaca kitab pekeliling yang dia sendiri baharu baca dari bini dia lewat beberapa hari lalu. Kemudian, bos tanya aku, ada apa-apa nak cakap? (Haa….jangan suka-suka taip dua kali tanda soal yer!) Contohnya….jangan taip macam ni….ada apa-apa nak cakap?? (Haa…ni dah kira salah…kerana ada dua tanda soal.)

So….ada sesiapa yang membaca catatan aku sebelum ni, jika ada lebih sekali tanda soal, maka dah salah ler tu. Nanti….tuan-tuan dan puan-puan dah boleh bagi surat tunjuk sebab kat aku. Nanti aku dah boleh kena ambil tindakan. Dua tiga kali surat tunjuk sebab, dah boleh ambil tindakan potong gaji. Zalim nyer…

Pelik. Rajin salah. Malas pun salah. Tetapi, dalam menulis ni….(baca ‘menaip’ yer maksudnya) aku memang suka bermain emosi. Kena menjiwai gitu.

Dalam kes aku menjawab surat tunjuk sebab tu, aku bukan geram kat bos aku, cuma geram dengan aktiviti yang perlu dibuat walhal ianya tidak sesuai dengan keupayaan murid. Adakah patut, murid aku disuruhnya gosok baju. Yer geseng nanti. Berak cebok sendiri pun tak pandai. Itulah pengorbanan mereka yang terlibat secara langsung dengan murid aku.

Oh yer, geseng……

Tahu apa tu geseng….!!? Dia adik beradik gosong ! Iparnya kobong…!! Semua tu sama ler, sedara mara. Dekat dekat gitu maksudnya. Heheeheeee….tentu -vkvkv- tak faham apa maksud istilah-istilah ini. Kalau akak aku mungkin faham ler…! Itulah, kalau jadi anak sedara memang layak sekali ni. Hahaahaaaa….

Oklah… nanti aku sambung dalam catatan lain. Tak abis lagi topik ni sebenarnya.

Hari ini, -vkvkv- diam saja kat kelas. Tak seperti sebelum ni. Muka pun biasa jer. Tak berdandan pun. Mungkin dia takut aku terpaut kat dia kot. Tetapi, tak berdandan lagi aku suka nak tengok. Memang cantik bakal isteri aku. Aku bersuara dalam hati jer ler…! Tak kan aku nak cerita kat sesiapa. Nak kena penampor! Kalau aku nak bercerita pun mugkin dengan akak aku jer.

Kerana apa. Kerana dialah akak aku di sini. Hmmm….tentu tersenyum akak aku. Ok.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s