Catatan 160

Salam Maal Hijrah 1438!

Antara ibadah sunat adalah berpuasa. Tahun baharu dalam kalender Islam bermula pada hari ini. Semangat Hijrah mula lewat hampir 1500 tahun lalu patut diambil iktibar. Bukan sekadar sambutan, tetapi dengan bacaan doa akhir dan awal tahun mengajak kita untuk lebih menghayati erti fitrah kejadian manusia untuk membersihkan diri dan mengutip sebanyak bekalan untuk ke alam akhirat.

Azam dan Tahun Baharu. Begitulah. Bagai tak pernah dileraikan. Namun, tetiba sempena Tahun Baharu kali ini aku seperti putus asa. Bagai menanti impian yang tak kesampaian. Malas aku nak memikirkan. Tetapi, tak fikir pun nanti akan terfikir juga. Kesudahannya, itu jer laaa azam aku setiap tahun. Bukan tidak berusaha. Cuma belum terlaksana niat di hati ini untuk mengecapi apa yang diazamkan setiap tahun.

Apapun melihat koleksi aktiviti terakhirku untuk tahun ini, rasanya tidak mudah untuk aku mencapai azam yang dicita-citakan. Perlu usaha lagi, mudaha-mudahan impian aku akan terlaksana jua. Tak tahulah bila. Hendaknya akan tercapai, cuma mungkin belum ada rezeki lagi buat waktu ini.

Dua hari lalu, tetiba dia duduk setentang dengan aku di meja makan. Tersentak aku. Dah tak tahu nak buat macam mana aku. Dia perasan aku mula rasa tak selesa. Aku mula rasa lain…..

Dia sekilas sahaja memandang aku.

Mungkin terpaksa dia duduk di hadapan aku. Dah tak ada tempat lain yang kosong. Aku percaya pada sebab yang mula berfikir di kotak fikiran.

Cepat-cepat aku menghabiskan soto nasi yang aku pesan, dah beralih mengawal murid di meja lain. Aku memang tak boleh tengok muka dia. Lagilah bertentang mata menghadapnya macam tu. Tetapi nak buat macam mana, aku kena belajar juga, mana tahu ada rezeki untuk masa yang kita sendiri tak jangka nanti.

Tak gitu ustazah…!!?

Kalau dah itu takdirnya. Kita tak mampu untuk menolak melawan ketentuan yang kita sendiri tak tahu perjalanan hari esok. Aku pun tak mengharap sangat. Aku tahu…….(dot dot dot)…..hmm tak bole cerita..

Apapun, dia selesa dengan tugas yang aku berikan. Semakin erat nampaknya ukhwah yang terjalin.

[pics removed]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s