Catatan 157

Seorang kawan tetiba meminta tolong aku melangsaikan sedikit kerjanya dalam program Xcell. Alhamdulillah, aku dapat juga membantu sedikit yang aku tahu. Selesai juga tugasannya.

Dalam memerhati aku menaip dan menyiapkan tugasan berkenaan, ada bicara yang amat mencuri perhatianku.

“Z**…. ngko kena kawin lagi satu laa….!” , tetiba dia bercerita topik berkenaan.

“Kawan suami aku tu, kahwin dah dapat anak pun…!. Pastu, aritu dia kahwin lagi dengan bini baharunya tu yang suami aku pun kenal. Dia kahwin bukan dengan anak dara pun, tapi dengan perempuan yang dah ada anak. Maksudnya, dia kahwin bukan tujuan nak anak. Tapi ada sebab lain kot….!, Kalau nak anak, tentu dia cari anak dara yang masih muda!!”, kawan tu meneruskan penceritaannya dengan panjang lebar.

Hmmm….bestnya…., aku berbicara dalam hati menjawab ceritanya.

Mungkin aku dapat agak kenapa dia kahwin dengan perempuan yang baharu tu….., aku mula mencari hipotesis pada teori yang dikemukakan oleh kawan itu. Haaahh.. senang jer jawapannya.

Hati lelaki…pusing-pusing jawapannya macam apa yang aku rasa agaknya. Mungkin perempuan itu, seiras dengan makwa lamanya kot. Mungkin, masa bercinta dulu terhalang dek orang tuanya ke!!?. Dan sekarang, walau dengan orang yang dicintai dulu tak tahu khabar berita, namun kenangan indah cinta pertamanya sukar untuk dilupakan.

Kan, aku dah boleh bagi satu hipotesis yang menyokong teori tadi. Iyerlah, ada sorang ustazah tu kata… sorang itu ada tujuh lagi yang seiras sama.  Hmmm….boleh dikaji seterusnya. Mungkin isteri baharunya ni sahabat istimewanya ke? Haa… kan dah ada dua hipotesis yang menguatkan hujahku tadi.

Lagi satu yang lebih menarik…..! Kawan aku tu cerita tadi kalau tak silap, kedua-dua isterinya tu pun dah kenal sebelum ini.

Haaa…. lagilah senang, teori yang nak aku hubungkan. Aku pun dah boleh buat kesimpulan. Tentu sel-sel otak ustazah pun dah boleh berhubung! Tentu, semakin bijak ustazah sekarang!!! Lagi, bila aku dah cerita rahsia celup sana dan celup sini…! Haaa…kan.. baru cerita semalam. Dah bijak!! Heheeheee….rahsia itu aku dapat dari orang yang dah mengamalkan.

Orang sains macam aku ni, jangan nak berteka-tekilah….! Lagilah kalau masuk bab kimia… dengan ikatan dan persamaan kimia boleh aku hubungkan. Kalau suruh lukis molekul yang terhasil pada sebatian yang terbentuk pun boleh. InsyaAllah, boleh lagi lah walau sudah lama tak diulang. Tulum lagi nanti aku masuk biologi dan fiziknya. Proses semulajadi, enzim yang dirembeskan dan faktor suhu, tekanan atau perubahan tenaga. Ohhh bestnya. Bekas Jurutera Kimia! Walau rasa dulu sebagai Jurutera Analisis dan Proses tidaklah diguna sangat kepakaran di kerja-kerja lapangan tetapi kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis untuk mencari hipotesis pada teori yang dilontarkan oleh kawan tadi boleh aku temui jawapannya.

Plak tu dengan potensi bahasa kiasan dan metafora, mudah untuk aku membaca yang tersurat dan tersirat.

Semasa melayari bacaan internet tertarik aku pada topik SAHABATKU MADUKU….

dan catatan terakhir pada rencana berkenaan ialah…

“Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih,” katanya.

Pautan penuh sila tekan link berikut….

http://www.hmetro.com.my/node/170314

.

.

tetiba ada sedikit kekuatan aku membaca ini. Lebih bersemangat gituu aku nak amal rahsia tadi…. haahaaahaaa….jangan marah!!

(Ada lagi topik yang aku bincangkan tentang kawan tadi. Nanti aku catat lagi jk berkesempatan… Menarik juga topiknya!)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s