Catatan 156

Syukur… Alhamdulillah! Program berjalan seperti yang dirancang. Pagi-pagi walaupun datang agak pagi dari kebiasaan, aku pastikan semua berjalan tanpa sebarang masalah.

Tanpa sebarang masalah…! Tipulah! Iyer, tipu! Bersemangat aku pagi-pagi datang, bila sampai jer, nak bergerak aku dapati sambutan kurang menggalakkan. 8/13 kedatangan. Terburuk daripada yang aku jangkakan. Paling koman pun, aku agak 11/13 jer yang hadir….tapi apabila mencecah 5 orang yang tidak turut serta, aku anggap fail perancangan aku. Iyer GAGAL!!!!

Sori ler… aku ada standard sendiri pada KPI tugas yang aku anjurkan.

Ok kedua, semua ikut plan…. bagus! Sampai jer sana aku bersyukur kerana sudah 3 atau 4 kali aku dapat menjejak lagi bumi aku dimana pertama kali aku tengah frust mencari kedamaian. Iyer, masa aku frust hampir 5 tahun lewat 15 tahun lalu, aku ke tempat itu menenangkan fikiran. Memandu jauh, tak ada kerja rasanya sampai pagi menghabiskan waktu bersiar-siar melihat kehijauan, kesuburan dan ketenangan alam bumi ciptaanNYA.

Ia, hanya dengan mengingati ALLAH, hati akan menjadi tenang. Iyer, kembali kepada alam ciptaanNYA. Kerenung kejadian sekeliling. Pokok bakau di kehijauan tropika menggamit kehidupan bukan sahaja flora malah fauna lainnya. Keseimbangan wujud yang saling perlu memerlukan dengan sekecil-kecil tumbuhan atau binatang saling bergantung antara satu sama lain.

Namun, dengan kesungguhan aku membawa murid supaya beradaptasi dengan persekitaran luar, tindak-tanduk rakan kekadang menjengkelkan. Asyik jer bergambar. Sikit-sikit berselfie. Trend terkini yang paling aku tidak gemari. Menyampah.

Pensyarah kanan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Ustaz Dr Muhammad Lukman Ibrahim berkata hukum asal ‘selfie’ adalah harus tetapi ia berubah mengikut keadaan. “Apabila ‘selfie’ sudah menjadi satu tabiat iaitu ke mana sahaja hendak ‘selfie’ maka ia termasuk dalam perkara yang sia-sia. Allah S.W.T berfirman (sifat) orang mukmin ialah menjauhi perkara sia-sia,” katanya lagi.

Iyer, akan aku komen dua kelemahan program yang aku anjurkan ini pada laporan yang akan aku siapkan.

Bukan aku nak mengampu bos. Tetapi kalau bos tak tanya pun, itu akan aku tulis dalam laporan sebagai langkah-langkah yang akan aku ambil tindakan pada masa depan apabila membuat program supaya tidak berlaku lagi.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s