Catatan 148

Nak ketawa. Sayu pun ada. Tapi, segera teringat akan akak aku kira-kira dua tiga hari lalu.
” Ko jangan buat perangai Z**…!. Nanti akak yang dipersalahkan. ”

Begitu prihatinnya akak aku dengan karenah nakal aku. Kerja gila. Mungkin risau dengan tindakan aku selepas naik cuti lebaran seminggu yang lalu. Aku pun dah nekad juga. Walau hati ini berat nak buat kerja gila ini.

Pagi-pagi, semasa bacaan Yaasin beramai-ramai, hujung mata mencari juga -vkvkv- dimana yer(?). Tak nampak. Itulah, walaupun tak nak bertegur, tapi hati ini memang hendak bermesra dengannya. Cemburu juga di hati ini, apabila kelihatan dia berborak dengan yang lain.

Sepuluh minit kemudian, aku nampak baju bercorak bunga-bunga seakan baju baharu pertama kali di pakai untuk tugasan berjalan masuk dari kejauhan. Hmmm…sedondon dengan warna aku. Hati ini berkata-kata. Cantiknya sahabat istimewaku. Baru semalam, aku nak menangis apabila terpandang dia menghadap aku bertentangan ketika bermesyuarat. Bukan apa! Aku dah bertekad tak nak bertegur membiarkan dia. Apabila dia belum masuk, risau juga hati ini. Merajuk ker atau tak suka lagi aku agaknya.

Lantas, apabila nampak dia masuk membuka pintu… walaupun dub dab…dub dab… di hati ini… dari sudut lain, tenang juga aku. Hmmm….hati ini berbisik, terima kasih kerana awak hadir dalam mesyuarat yang akan aku kelolakan. Aku akan cuba seprofesional mungkin. Lantas sebak dan sedu juga hendak menghabiskan bacaan Al-Fatihah semalam.

Alhamdulillah, aku layan dia selayaknya sebagai ahli mesyuarat. Aku tanya juga di dalam sidang yang mengambil dua jam juga tempoh masanya. Walaupun, dalam kelas berdua dengannya (murid ada) tetapi aku membiarkan dia dengan masing-masing dengan tugas. Aku tak mampu nak memandang, malah tak mampu nak bertegur, apatah lagi nak senyum atau gurau dengannya lagi.

Seperti catatan aku sebelum ini…..yang aku catat pukul 12.00 tengahari tadi…dengan catatan terakhir….
.
.
.
Itupun bergantung kepada kehendak dan takdir. Aku merancang, tetapi segalanya terletak pada qada’ dan qadarNYA.
.
.
Baru selang dua jam lebih kemudian, aku mendapat mesej yang aku sendiri sebenarnya amat merindukan dari nya…setelah aku menghidupkan semula handfon kerana aku offkan semasa menunaikan jamaah fardhu di masjid tadi..

“Assalam…maaf ganggu…cikgu xnak kwn sy lg ea…. Xpelh org dh xnak kwan nak wat cmne kan….halalkan makn minum sekiranya ade….maaf kn tutur kata yg menyakitkan…. sy xnak ade musuh…sbb d sni tempat sy cari rezeki….yg dulu istimewa di mata cikgu mukin Skrang dh x lg…xpelh…ok slmt bercuti …. wassalam…..” 22sep2016 01:29:54 pm

tak cukup dengan itu…mesej yang serupa dari nombornya yang kedua ….
” ……………………. ” 22sep2016 01:49:06pm

tak lega agaknya, dia pun menghubungi aku dari nombor pertama (Anda telah dihubungi dari 018mm*%_g_ (22/9/2016 pd 1:52pm), tetapi sayangnya tidak terjawab juga…..
Maafkan aku sayangku…! Ntahlah tetiba apa yang aku tekadkan dalam catatan tadi, mungkin tak jadi…!! Apapun kasihan akak aku. Terima kasih kerana sampai “pening” dia melayan karenah adiknya ini. Agaknya masa tidur di petang-petang telah aku ganggu. Hahaahaaaa….

p/s: Catatan versi lebih lengkap akan menyusul dalam laman Legasi Cinta Pertama…

[Catatan ini dicatat pada 22Sept tetapi lupa publish plak…]

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s