Catatan 147

Semakin ramai orang memperkatakan. Hmmm betul ler tu. Agaknya. Detik hati ini mengharap tidak benar atau menidakkan. Ntahlah, sukar benar untuk aku menerima kebenaran berita begitu, selain dari empunya diri. Itu tidak mungkin berlaku. Biarlah.

Tindakan aku membiarkan dia sudah masuk hari keempat. Biar. Namun, alhamdulillah aku masih boleh profesional. Mungkin. Tetapi penilaian orang lain tak tahu.

Mempengerusikan mesyuarat yang dijadualkan semalam, walaupun umpama bidan terjun tetapi dapat berjalan lancar. Sedikit waktu terluang aku pergunakan dengan seprofesional mungkin. Walaupun, mula membaca ummul kitab sebagai pembuka bicara dan mesyuarat tetiba hati ini terasa sayu, sebak dan sayu apabila menghadap dia setentang di arah berlawanan,terasa nak menangis pun ada terasa juga. Ntahlah.

Di kesempatan itu, aku tidak melayan perasaan ini tetapi fokus terhadap bidang tugas sebaik mungkin. Berjalan menuju ke arah yang sama, cepat-cepat aku mengambil arah lain atau laluan yang difikirkan sesuai. Bertembung pun, aku hanya menunduk kepala tanpa sepatah kata yang terpacul. Aku cuba mengawal diri seolah-olah aku tidak nampak apa yang aku lalui. Umpama tiada apa yang berlaku.

Ironisnya, diri ini perlu tekad untuk mengubah perangai aku dari kebiasaan, walau jauh di hati sangat sukar dengan tindakan drastik yang diambil. Mudah-mudahan hari-hari esok akan memberi kebahagiaan bukan untuk dia tetapi diri ini juga. Walaupun umpama tidak selari antara tindakan dan perasaan, namun doa sentiasa seiring dengan gerak rasa yang hadir sejak bertugas sebagai pendidik di tempat ini.

Biarlah. Mungkin, akan datang aku akan cuba untuk mengenepikan dia dalam tugas yang aku rancang. Biarlah dia dengan tugasannya di tempat lain. Mungkin aku juga akan memilih untuk mengambil tugasan lain setelah apa yang aku rancang selesai pada penghujung tahun.

Itupun bergantung kepada kehendak dan takdir. Aku merancang, tetapi segalanya terletak pada qada’ dan qadarNYA.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s