Catatan 145

HiTaM PiTeS…….!

Aku tak mahu sedemikian. Biar aku jual mahal pun tak apa. Tapi jangan sampai dikata sombong plak! Berpada-padalah. Aku akui sedikit terasa. Aku akui memang terasa sayu. Tapi nak buat macam mana. Biarlah. Hatiku tak berubah. Di hati kecil aku tetap mengimpikan sebuah mahligai indah. Biarlah terpendam. Walaupun pernah terpacul melalui nota ringkas gajet elektronik. Pastinya dia amat memahami apa yang aku maksudkan.

Memandu menuju ke simpang tiga, dari kejauhan aku sudah nampak kelibatnya berdiri di sisi pagar. Berbaju blaus hijau berbintik-bintik putih, kali kedua aku perasan dia memakainya ke tempat kerja. Mungkin lebih dari itu dia sudah memakainya, cuma aku tak ada masa nak mengira. Memerhati dia apabila aku berlalu memandu terus keluar dari simpang menuju ke tempat biasa aku meletakkan kereta di kawasan luar pagar.

Masuk ke kelas hari ini, aku sudah bulatkan tekad tidak akan memandang wajahnya secara langsung mahupun mengajaknya berbicara. Biar. Itu tekad ku hari ini sejak beberapa hari lalu. Cuti hampir dua minggu memang rindu aku untuknya tidak dapat dinafikan. Apabila terpandang dan terbaca, feeder news fb ku dari seorang kenalan pada minggu lalu, sedikit sebanyak mengubat rindu ini. Cepat-cepat aku simpan gambarnya dalam folder koleksi dirinya. Secret admirer ler katakan. Tetapi dah tak ada secret-secret lagi sebenarnya setelah aku maklumkan yang aku memang jatuh hati kat dia melalui mesej ringkas yang dia hantar buat aku untuk meminta penjelasan kenapa dia istimewa di hati ini.

Kwang kwang kwang……!!! Itulah reaksinya seakan memperkecil atau memperlekeh agaknya. Namun dari reaksi selepasnya, tidak menunjuk sifat sedemikian. Cuma dia mengatakan dia sayang pada anak-anak dan keluarga. Tak apalah! Aku pun faham. Dari awal, aku anggap dia sahabat istimewa sahaja. Mungkin ada catatanku yang lebih dari itu. Aku akui. Tetapi, aku sangat bahagia melihat dia bahagia. Aku sangat bahagia melihat sahabat istimewaku bahagia. Fullstop!!.

Lihatlah catatan aku sebelum ini….

https://takusahlah.wordpress.com/2016/09/11/catatan-138/ 

dan yang ini….

https://takusahlah.wordpress.com/2016/09/09/catatan-136/

Aku sibukkan diri melayan karenah anak murid yang diamanahkan. Aku sedikitpun tidak meminta tolong dengannya. Sedikitpun aku tidak menyapanya. Aku membiarkan dia dengan kerja dia. Biarkanlah. Kecik hati mungkin ada. Terasa mungkin ada. Ntahlah…! Dia tetap sahabat istimewa di hati ini. Debaran jantung jangan nak bercerita. Aku memang tak boleh menatap wajahnya. Tak boleh tidur malam aku dibuatnya. Memang bidalan orang tua-tua….dari mata jatuh ke hati. Tetapi dia memang sentiasa di hati ini. Sukar untuk aku melayan perasaan. Langkah awal… aku tak mahu berbicara atau menatap wajahnya. Wajah orang lain takper….! Wajah akak aku tak apa…! Tapi dia tak boleh… memang tak boleh…. esok lusa tak tahulah… rindu memang untuknya.

Mungkin dia perasan. Kerana itu, dia seakan memancing untuk aku berbicara dengannya, apabila secara langsung mendekati murid yang aku bimbing. Baguslah. Tapi aku memang tidak menegurnya pada kelas tadi. Aku berbicara dengan murid, dia yang membantu menjawabnya plak. Oklah tu, sekurang-kurangnya dia tak mahu aku terasa sangat dengan tindakannya yang mengguris hati ini. Oppss… bukan mengguris hati. Aku cuma terasa saja.

Rasa apa…??? Biarlah menjadi teka-teki…

Keluar rehat…dia menyapa…Cikgu, saya nak keluar rehat! Hhhh… itu saja reaksiku. Ntahlah kenapa…

Selepas rehat, aku menyambung di kelas sebelah untuk murid yang lain. Sempat dia menutup pembahagi kelas, dan memerhatikan aku mungkin, tetapi aku tunduk sahaja. Dua minit aku perasan dia seperti mengintai di sebalik kelas, tetapi aku malu sungguh dengannya. Aku tidak mengangkat muka pun. Aku sibukkan diri dengan anak-anak murid. Tetiba dia masuk ke kelas aku plak menyapa murid yang sedang bimbing.

Aku biarkan sahaja. Dalam hati terfikir….kenapa plak dia menyeberang kelas ni… Bukan dia jaga sebelah sana ke? Biarlah. Mungkin dia hendak memancing aku untuk menyapanya. Mungkin dia hendak memujuk aku agaknya. Tetapi, hati ini telah terluka… Iyer…. sedikit terasa pedihnya. Sayunya. Tetapi hati ini sudah lali, kerana terlalu banyak parut yang sukar untuk dibuang bekasnya. Iyer…mungkin parut lama belum pulih sepenuhnya.

Itulah aku…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s