Catatan 143

Mee Udang. Kedai Hujung. Menghadap Sungai. Lima belas tahun lalu lebih kurang aku berkelana ke daerah itu. Satu-satunya pekan yang aku lalui masa itu begitu terasa nyaman dan unik sekali. Di pinggir sungai yang terbentang luas nun jauh di seberang sana hutan paya bakau menghijau. Pelabuhan yang dibina untuk kemudahan pengunjung dan penduduk tempatan dengan urusan masing-masing. Menangkap udang, bersiar-siar dengan perahu yang mudik ke hulu dan ke muara pernah disediakan perkhidmatannya.

Lewat dua hari lalu aku berkunjung semula ke pekan di daerah itu.

Subhanallah. Banyak kenangan terimbau kembali lebih sedekad yang lalu. Aku tak pasti masih ada lagikah perkhidmatan bersiar-siar seperti itu. Tetapi pelabuhan kapal kecil disediakan walaupun sudah cantik tidak seperti dahulu. Namun model udang galah tetap tersergam di pinggir jalan utama pekan itu. Hmmm…penuh nostalgik sekali. Laluan utama ke arah pekan itu sedang pesat mengalami perubahan drastik dek pembangunan yang ura-ura menjadi pusat pendidikan utama di daerah itu. Kalau dulu kanan kiri laluan estet kelapa sawit yang sesekali terlihat kelibat kumpulan ternakan meragut rerumput yang tumbuh di ladang sekitar, kini pemandangan itu semakin berubah dek pembangunan. Mudah-mudahan ada manfaatnya buat masyarakat sekitar.

Berdebu dan berhabuk. Banyak lori hantu. Pemanduan perlu lebih berhati dengan jalan yang banyak dilencongkan ke arah lain berbanding pertama kali aku berkelana ke pekan itu. Semua itu perlu dan terpaksa kutempuhi bukan sahaja aku yang berkunjung ke situ setelah lewat lima belas tahun berlalu. Mungkin sudah lali agaknya untuk orang lain.

Namun impian untuk menikmati semula legasi lima belas tahun lalu tidak kesampaian. Mee udang yang kurancang akan kurasai sudah tiada lagi di pekan itu. Tetapi syukur aku dapat berjemaah tika senja menjelang di masjid yang masih seperti dulu. Hanya sedikit perubahan kecil sekarang aku perhatikan. Tetapi pemandangan tanah kubur bertentangan berhampiran tebing sungai menggamit mataku merenung perjalanan kembara hidup ini. Akan ke Californiakah pengembaraanku seperti ulama agung yang aku ratapi berita kembalinya menghadap Rabbul Izzati. Aku tidak selayak dibanding dengannya.

Dia ulama agung dan tersohor. Aku pula siapa?? Insan kerdil yang banyak salah dan dosa dalam melayari kembara hidup ini. Iman itu ada pasang surutnya. Mudah-mudahan aku kuat menempuh pancaroba hidup yang memerlukan kekuatan iman yang teguh untuk benteng godaan nafsu. Lantas teringat seorang kawan semasa aku mula-mula meninggalkan jawatan jurutera untuk menjadi guru sandaran. Kebetulan kami baharu sahaja berkenalan yang dia mendapat tahu yang aku bermula dari daerah kelahiran yang sama. Ayahnya meninggal dunia di bumi asing semasa mengikuti usaha dakwah menyampaikan pesanan dan tanggungjawab seorang muslim.

Iyer….! Masa itu aku terpaku seketika dengan ujian dan dugaan yang dihadapi kawanku itu. Tabahnya dia. Kerana itu, apabila aku mendapat berita kembalinya ulama agung dan tersohor itu menghadap Ilahi, lantas aku berdoa semoga segala usaha dakwahnya akan diterima dengan lebih luasnya lagi pahala dari tempat kelahiran dengan tempat bersemadinya. Di mana-mana kita bersemadi, di situ adalah bumi milik Allah juga.

Bermenung aku seketika semasa menghadap tanah perkuburan semasa menanti azan dihadapan masjid di pekan itu. Ya Allah. Aku tak tahu lagi bagaimana pengakhiranku ini. Ampunkan segala dosa-dosaku dan seluruh muslim dan mukminin …

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s