Catatan 142

Suasana petang-petang begini, tidak banyak aktiviti yang aku lakukan. Membaca, menghadap laptop serta melayan mata. Tetapi bukan boleh tidur pun. Tak mengantuk. Lagipun kalau banyak tidur pun, lesu badan nanti. Cukuplah tidur sepatutnya. Pastinya rehat pada waktu cuti memang patut digunakan sebaiknya.

Sebelah pagi, selain menghantar ke lokasi biasa, aku menghantar emak ke klinik untuk pengambilan sampel darah bagi pemeriksaan tahunan. Sudah biasa ke sana, staf dan pembantu perubatan sudah mengenali. Alhamdulillah, urusan selesai dan dipermudahkan. Dialah emak aku satu-satunya. Alhamdulillah aku masih berpeluang untuk berbakti untuknya. Mudah-mudahan emak aku sihat dan boleh berjalan semula seperti dulu kala.

Sekembalinya, aku sibuk memasak dan menyediakan juadah ringkas untuk tengahari. Sebelum itu, sepupu menghantar semula bekalan torpedo untuk aku menghabiskan dalam tempoh 4 hari ini. Pelik. Tetapi, ok sahaja. Khasiatnya telah aku rasakan. Pagi-pagi aku rasakan sedikit kelainan daripada biasa. Mudah juga untuk mengamalkan petua dan nasihat akak aku. Iyer, aku seperti tiada lagi rahsia dengannya. Segala-galanya aku anggap aku nak belajar darinya. Tidak lebih dari itu. Terima kasih kerana nasihat dan ingatan darinya. Walaupun kekadang -vkvkv- mungkin perasan, akak adalah orang tengah antara aku dengannya. Tetapi sebenarnya tidak begitu. -Vkvkv- adalah sahabat istimewaku, manakala dia akak aku di sini. Aku lebih awal mengenali akak aku berbanding -vkvkv-.

Akak banyak menasihatkan aku tentang -vkvkv-. Alhamdulillah aku menerima nasihatnya, cuma aku suka melawak juga dengannya. Harap akak aku tidak kecil hati. Walaupun aku kecil hati dengan tindakan rakan yang lain. Tetapi itulah bertugas dalam satu organisasi. Aku bukan perfect sangat. Kena terima hakikat itu.Dan, aku pun tidak bercadang nak menongkat langit di tempat kerja ku sekarang. Apapun, kita ini merancang. Esok lusa tak tahu lagi apa yang terjadi dalam hidup kita. Mudah-mudahan kita semua diberi pengakhiran yang baik sebelum tetiba dah berhijrah ke alam lain plak.

Oklah tak siap nak mencatat ni…! Banyak lagi. Tunggu catatan seterusnya. Ada hal penting yang perlu aku lakukan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s