Catatan 137

Sukar untuk melelapkan mata. Ntah kenapa. Nak kata serabut tak jgak. Ntah apa yang aku fikirkan. Di usia begini, ramai rakan-rakan sebayaku ramai dah ada keluarga dan anak-anak. Ada yang habis SPM pun ada. Ada yang dah nak menantu pun ada. Kebanyakan masih bersekolah di peringkat rendah. Rasa rendah diri pun ada.

Aku tak menyombong…tapi pendiam dan mungkin pemalu. Ntahlah itu penilaian diri sendiri. Orang lain tak tahu nilai macam mana.

Ramai kawan dan kenalan. Tapi tak ramai sahabat. Sahabat istimewa lagi sedikit.

Kekadang, bosan juga memikirkan tentang hidup ini. Namun hidup perlu diteruskan. Tak boleh patah semangat. Tetapi apabila yang dianggap motivator untuk diri ini semakin mengasingkan diri, jauh hati ini dirasakan. Kecik hati pun ada. Bertepuk tiada bunyi, walaupun bukanlah gemuruh sangat yang diidamkan. Sekurang-kurangnya merasa juga penghargaan, walaupun itu bukan tujuan utama. Mujur masih ramai lagi yang aku anggap pemberi semangat agar dapat meniti hari esok dengan penuh positif dan pengharapan. Walaupun hanya setakat kata-kata dan doa.

Terfikir juga. Ikhlaskah aku. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kekadang sikap mengambil tahu juga sudah cukup mengingatkan diri ini, bahawa ada juga yang empati. Namun itulah realiti kehidupan. Jasa dan pengorbanan yang kecil kita hargai sangat…., walhal nikmat yang besar tidak disyukuri.

Hmmm…. bukan tidak bersyukur. Kurang prihatin dan tidak endah dan sedar tentang perkara ini menyebabkan diri ini seperti keseorangan.

Ampunkan diri Ya Rabbi. Aku banyak lalai dan leka. Alhamdulillah, aku masih berpeluang untuk terus bermunajat terhadap Mu. Hanya kepadaMu aku memohon keampunan.

mutiaraPicture1....abk2abk

Ohhh…MUTIARA LAUTAN DALAM… pernah aku menulis cerpen ringkas dengan tajuk ini beberapa tahun lepas untuk pertandingan hari guru.. jalan cerita totally tak sama dengan Mutiara Lautan Dalam impianku…! Tetapi yang paling bermakna, aku minta -vkvkv- sebagai penyemak cerpen itu. Aku abadikan sekali namanya di kulit luar sinopsis semasa menghantar. Walaupun tidak menang, diberitakan cerpen itu ada dipamerkan di suatu pameran dan aku dijemput namun tidak hadir kerana ada kekangan lain.

Hmmmm….baru kuteringat…. tadi lepas isya’… aku pekana dua sachet kopi putih dalam mug besar melayan bola…

Tak apalah… pasni kalau masih cergas bole sambung bola lain plak…. bak kata akak aku… hmmm malam sikit… Teringat masa dia terkejut …. dan hilang idea seketika… nasib baik tak tengah bendera merah katanya. Hahaahaaa… inilah adik akak…. semakin telus dan tiada rahsia. Jangan marah yer kak…

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s