Catatan 134

Alhamdulillah. Dengar berita pengesahan daripada akak tentang dia. Baru beberapa hari aku tulis dalam catatan tentang khabar yang aku terima. Sayu. Cemburu. Kenapa tidak dengan aku.

Lalu kucoret cerita dari mana timbul idea hendak menyampaikan perkhabaran ini. Adakah akak sudah membaca isi hati yang aku coretkan dalam catatan terbaharuku. Pagi tadi, rupanya dia berkongsi berita buatnya sewaktu mengisi perut santapan rakan lama yang mengawas penilaian calon di sini.

Ohh….kakak ku menyampaikan berita ini, kerana dia telah memahami impian jauh di sudut hati ini dalam Catatan rasa hari ini, esok dan semalam. Iyer… banyak kali aku merenung jauh untuknya. Terima kasih kerana dapat menjiwai penulisan santaiku. Walaupun suka-suka, ringan dan kekadang penuh rahsia kedewasaan, namun akak aku percaya jauh di sudut hati ini tersemat satu pengharapan besar yang menjadi cita-cita yang ingin terlaksana.

Iyer…. cukuplah tiga. Yang keempat berilah peluang untuk diri ini pula. Namun realitinya tidak begitu. Sel-sel otakku mula cergas berhubung. Selepas itu, dalam menanti rutin fardhu tengaharinya senggang selepas solat ba’diah menanti laungan iqamah bilal….aku mengira usia yang dikhabarkan. Bagai countdown ke belakang aku mencari detik keramat kemuncak pelayaran benih cinta dua hati. Sungguh lain, zikirku kali ini. Di dalam ruang seketika, aku menyemak waktu bak memeriksa kertas soalan.

Kira-kira 21 Julai …., bersamaan 16 Syawal…. belayarlah -vkvkv- di lautan indah bersama jurumudi yang aku idamkan sebagai nahodanya. Ntah bagaimana, aku tidak tega merakam pelayaran itu, belayarlah bahtera yang aku sering idamkan, dengan penuh asyik dan nikmat, disirami desiran gelombang dan ombak, diiringi bayu lembut dan salju, di malam penuh berahi dan bermakna di lautan samudera yang tak bertepi… Santapan buah epal, pisang, betik dan lain-lain menjadikan pelayaran yang aku idamkan itu berlabuh dengan perahan jus membasahi selat jauh yang mendalam dan sempit lalu menyemai di ladang yang telah terbukti subur. Ohh…aku yang amat merindui detik itu. Sudah tertulis rezeki untuknya dikala dia juga sedar yang aku mengidamkan saat itu juga bersamanya. Berakhir pelayaran itu dengan renangan X mencari Y jauh ke pelusuk selat. Takdir XY bergumpal ke petarangan yang subur. Bertemulah ia, bergumpal menjadi darah lalu membentuk daging. Seronoknya andai ia benihku… aahhsss..ia sudah seusia t**** m***u. …

“Salam, -vkvkv-. Sori mganggu. Tahniah utk awak”, kuutus ucapan ringkas kukirim buatnya. Aku percaya, dia tak akan membalas. Aku tahu. Aku tahu puncanya. Biarlah. Tadi pun…. Dikesempatan bertembung, aku sempat mengucapkan selamat hari raya, dia senyum kecil sahaja. Tak apalah. Aku sentiasa mendoakan sahabat istimewaku bahagia. Iyer…awaklah istimewaku yang membuatkan aku bahagia. Harap awak sihat dengan berita rezeki baharu dalam hidup awak.

Sesiapa yang tak cemburu. Aku juga mempunyai impian. Dan, -vkvkv- juga telah tahu yang aku juga mengimpikan demikian. Dah itu takdirnya. Semoga aku berpeluang untuk terus bersahabat dengan -vkvkv-. Tak ada rezeki yang keempat… mana tahu yang kelima pulak takdirnya untukku. Aku tak akan putus asa merencana impian hidup. Sajer. Perkenankanlah Ya ALLAH.

 

gh

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s