Catatan 132

Iyer…! Apa yang dikata emak itu wajib untuk anak mematuhi kecuali yang bertentangan dengan larangan Allah. Alhamdulillah. InsyaAllah. Aku nak jadi anak yang soleh untuk untuk emak. Walaupun aku dah tua bangka, aku ingin jadi anak yang soleh untuk kedua orang tuaku. InsyaAllah… kuatkanlah ujian untuk aku menjaga emak.

Emak menjadi tanggungjawabku kini. Iyer. Emak menjadi tanggungjawab anak lelakinya yang dah besar panjang kini. Iyer ustazah… besar dan panjang….

Hiiiii….. otak kuning! Mungkin itu komen ustazah pada usikan aku. Hahaahaaa….

“Dah basi mee hoonnya! “, terkejut aku dengan kata-kata emak masa berbuka puasa.
“Taklah!. Baru buat tadi masa order petang tadi”, aku separuh membantah. Masakan basi, sedangkan masa petang tadi singgah kat warong tu order mee hoon sup berdua.

Wooow…perencahnya daging. Subhanallah! Tentu emak suka. Tiada rencah ayam. Boleh laa pesan bungkus lagi satu untuk emak.

Kita orang dah tahu selera emak macam mana. Kerana itu ke mana-mana pergi singgah makan, jika seleranya kena dengan emak, cepat-cepat lagi order sebungkus untuk emak kat rumah. Kebetulan hari ini berpuasa dia. Boleh dibuat menu berbuka. Separuh terkejut kakak yang masak tu, bila ditanya bahan-bahan rencah pada meehooon sup ku tadi.

Tup tup…. dikomennya pula. Tak puas hati pun ada. Tetapi mengenangkan emak. Iyer, dia betul. Lantas aku pun jawab.
“Iyerlah dah basi. Masa buat tadi belum….”

Walhal tak sampai satu jam pun, tetapi nak buat macam mana.

Mudah-mudahan emak sihat boleh berdiri dan berjalan-jalan. Maafkan segala dosa-dosaku emak. Emak sajalah yang aku ada kini. Dialah sumber pahala ku, InsyaAllah…

Akan kujaga emak, sampai bila-bila. Itulah tekad dan janjiku pada diri ini. Emaklah sumber inspirasiku selama ini. Sejak kecil, aku rapat dengan emak. Masa belajar, aku mohon doa dan restu emak. Masa nak kahwin dulu pun aku tetap pegang janji emak.

5 tahun selepas belajar aku baru berkahwin. Itulah tekadku…! Tak sangka plak masa Muslimah Impianku dulu ajak kahwin lari, aku masih 3 tahun bekerja…! Kerana itu aku memujuknya agar bersabar dengan dugaan sebelum berkahwin. Lagipun syaratnya tunggu habis belajar….2 tahun lagi tamatlah dia belajar. Dah graduate. Dah konvo. Dan aku pun dah habis tempoh 5 tahun seperti akujanji ku pada emak sebelum masuk U. Masatu tamat jer dia belajar, aku akan mengahwininya dan masa konvo….aku boleh meraikannya. Itulah perancanganku…! Tetapi Perancangan Allah lain.

Aku tak menyalahkan emak.

Emak tak bole dicari. Emak mertua bole dicari. Malah emak mertua boleh ditambah lagi. Tak gitu ustazah…!!(?). Makcik mertua pun bole ler..

Suatu ketika selepas menghadiahkan sesuatu untuk -vkvkv- sempena syawal lalu… dia bertanya tentang emak aku macam mana.

Aku jawab… emak sihat. Masih belum boleh berdiri. Hmmm…emak aku tak sama macam dia. Dan, belum tentu dia sabar dapat bersama-sama menjaga emak aku. Kerana itu, bila aku merenung jauh….-vkvkv- hanya setakat sahabat istimewaku. Sanggup ke dia menerima dan setabah aku. Mudah-mudahan dia bahagia dengan anak dan keluarganya. Aku bahagia melihat dia bahagia. Aku sangat bahagia melihat sahabat istimewaku bahagia.

mataabh

Hari ini, aku tak berborak pun dengan dia. Bertegur jauh sekali. Berselisih, aku ngadap kanan, dia ngadap kiri. Ntahlah…. janji bahagia. Tengok esok macam mana. Minggu depan lagi…! Dah satu tempat kerja. Walaupun dub dab…. dub dab…. kena layan jgak gelora di hati. Nak wat camana… pelanduk dua serupa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s