Catatan 131

Sah! Patah tumbuh hilang berganti….! Subhanallah. Dua kali doktor suruh xray. Tak percaya agaknya. Hasilnya ditunjukan kepadaku pada skrin komputer. Iya, tempat ni lah yang saya cabut dua minggu lalu….dan yang ini “bongsu” ganti tempat hari tu. Hmmm…bestnya. Inilah kali pertama saya jumpa kes macam ni…, kata doktor muda yang sudah mesra dengan pesakit tetapnya ini. Dibantu nurse juga masih muda secantik doktor yang merawatku. Secantik akak-akak aku, dan secantik -vkvkv- dan juga -vkvkvk-….

Alhamdulillah. Bestnya. Patah tumbuh hilang berganti. Aku mula mengelamun jauh…..kalaulah yang itu…, patah tumbuh hilang berganti. Hmm……, bestnya. Seronok agaknya yerk? Aku khabarkan impianku itu kepada kakak ku.

Dia menjeling jer…! Kenapa ntah…! Aku bergurau jer…tapi rasanya dia faham. Aku risau kalau bergurau ni, orang tak boleh nak terima. Orang yang tak faham dengan gurauan aku tak apa. Dah tak faham, nak buat macam mana. Dia tak faham. Lebih kurang LD ler agaknya! (Oppss…sory!) Lagi bahaya, kita bergurau, orang tu tak boleh terima yang kita bergurau. Kan payah tu…!(?). Tetapi, akak aku rasanya spoting. Kalau tak, takkan dia sedia berkongsi ilmu. Tak gitu….!

Dua…kanan..kiri…, atas….bawah….cukup korum! Lebih kurang macam tu aku menambah gurauan.

Hiiiiii…….., dia memberi respons. Baik akak aku ni…. Tak rugi rasanya. Mudah-mudahan akak aku sentiasa sihat, bahagia dan gembira selayaknya bersama keluarga dan anak-anak. Sweet couple gitu, bila aku tengok abang dia yang begitu sabar dan setia menghantar dan menjemput dari tempat kerja. Moga akak kekal di sini. Pengorbanan akak masih diperlukan. Jangan pindah. Rindu saya nanti pada nasihatnya. Maklumlah…. Dah posting ni ler, rasa rapat dengan akak-akak.

Dalam perjalanan hidup, bukan manis sahaja yang kita hadapi. Kadang-kadang pahit lebih banyak daripada manis. Tetapi bukanlah ertinya manis tu baik, pahit itu tak baik. Ianya relatif terhadap sesetengah orang. Bagaimana kita menghadapi pahit manis itu yang penting.

Pagi-pagi lagi, aku tengok dia dah di pintu pagar. Aku tidak menyapanya. Ketika aku sedang sembang di kaki lima, aku nampak dia mengambil laluan lain supaya tidak bertembung dengan aku. Aku tidak kisah sangat. Aku pun serba tidak kena bila bertembung dengannya. Masing-masing mengelak. Aku pahatkan di hati ini, dialah sahabat istimewaku. Kenapa? Tak perlulah aku nak cerita.

Dan,…menjelang hampir waktu tengahari, aku berjumpa seorang kawan untuk mengambil bahan. Tetiba, terdengar suara bisik-bisik…dari kelas sebelah.”Haa…,tu A****…!” aku kenal benar suara itu. “Cikgu, ni dah siap!”suara lain plak yang menyambung. “Apa?” Saja aku bertanya memancing dengan harapan suara yang berbisik itu akan menjawab, tetapi tidak. Kawannya plak yang menjelaskan. Tak apalah. Kelu agaknya.

Aku menguatkan langkah kaki menghampiri kelompok mereka di kelas sebelah. -Vkvkv- ada di kelompok itu. Diam sahaja. Aku tahu. Aku faham. Masing-masing menyimpan perasaan. Aku syok kat dia, tetapi dia dah berpunya. Dan dia, cuba nak elak daripadaku kerana tahu kami memang tak boleh bertembung.

Hmm…sambil menyemak fail, -vkvkv- ada setentang dihadapanku. Manisnya dia….mengelamun lagi aku… jauh diawangan…… Hmmm, seronoknya kalau dia jadi isteriku. Sebijik persis macam buah epal. Aku semakin jauh melayan perasaan. Sambil menyelak-menyelak dokumen, aku mencuri-curi pandang melihat wajahnya.

“Betul…!” “betul…!” “ betul… !” aku seolah-olah memberi respons apa yang aku semak pada dokumen di fail itu. Hampir lima minit aku melayan perasaan di awan biru memerhati -vkvkv- di hadapan mata sibuk menggodek handpon, aku pun bersuara…
“ Kenapa tulis tangan….!?” Tersasul aku….. “Takut salah…”, dia menjawab lembut.
Tetapi…tiba-tiba kawan di sebelahnya menjawab dengan kuat…”Habis tu, tak kan nak tulis pakai kaki!!??”

“Hahahahaaaa…..!” semua ketawa termasuklah buah hatiku -vkvkv-. Terkejut aku sambil ketawa. Dengan lirih….-vkvkv- bersuara…”Cikgu A**** nak suruh kita tulis pakai kaki!…hehehee….!” sambil ketawa lagi. Tak lama, segera aku beredar.

Dalam hati….itulah, kan aku ni tak bole bertembung dengan dia. Ntah apa-apa yang aku rasa…dub dab…… dub dab… dalam hati… tu yang cakap pun kelu. Kan dah kena gurau dengan orang lain.

Tak boleh gurau…duduk surau…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s