Catatan 130

Nikmat kesihatan lebih dinikmati apabila kita sakit. Bersyukurlah. Begitu juga nikmat yang lain-lain. Nikmat muda, nikmat senang dan sebagainya. Tetapi nikmat yang paling besar, tentunya nikmat Iman dan Islam.

Dua hari berat rasanya kepala ini kurasa. Berdenyut-denyut. Semalam rasa macam nak cuti sakit, tetapi setelah fikir dua kali fikir, tak jadi aku nak cuti. Tahan jer. Lagipun bukan nazak pun. Rupanya akak aku perasan. Dia menegurku hari ini. Dia pun sakit kepala juga katanya. Tetapi, aku jawab sambil melawak hari ini…. “Mana yang berdenyut-denyut tu….!?”, lantas kami berdua ketawa kecil. Yang lain di kanan kiri dan sekeliling mungkin tidak faham. Biarlah tak faham.

-Vkvkv-….. bakal isteriku berbaju kurung merah jambu berbunga hari ini. Oppsss….bakal isteriku plak! Awal sangat! Sabar….sabaar…! Sahabat istimewaku berbaju kurung merah jambu berbunga hari ini. Tidak banyak bicara antara kami. Paginya, dia mengurus anak-anaknya di kiri dan kanan sekolah. Saja aku tidak lalu di laluan utama seperti kebiasaan aku biasa lalu setiap pagi untuk mengetip kad perakam waktu. Aku tak nak bertembung. Namun, perasaan rindu seperti biasa tetap berkobar-kobar di hati. Mungkin dia perasan aku memilih laluan lain.

Setelah lewat dua jam kemudian, aku masuk ke pejabat kerana sedang sibuk mengurus aset, bertembung juga tetapi sama-sama mengelak bertegur. Ada perkara yang perlu untuk dibuat, aku meminta kawan lain menyampaikan. Semoga tugas rasmi dapat diselesaikan olehnya dan kawan-kawan.

Tetapi seperti ‘terpaksa’ aku memanggilnya juga untuk memberitahu tugas yang perlu dibantu, Kebenaran ketua telah ditandatangani olehnya. Pandai-pandailah dia membahagikan kerja bersama rakan-rakan lain. Sajer aku tidak membahagi-bahagi tugas. Esok baru aku nak memantau. Payah-payah, akan aku lakukan sendiri juga nanti.
Namun, dalam ‘keterpaksaan’ itu juga secara tidak langsung aku dapat mengubat rindu aku buatnya. Heheehee… jangan marah yer ustazah… senyum jer dalam hati sambil membaca catatan ini.

Dalam mencari idea….
IT’S NOT JUST A FRIEND.
It’s your best friend!
It’s a friend that would like to help you.
It shows you the walls that have stopped you from moving forward. It shows you the bridge that enable you to move forward.
It would change your perception and focus from how bad you were before and into how good you could be now.
It would improve your personal and makes you top priority to any employer.
It could drastically help you secure promotion in your career.
It could make you become a symbol of an admired and an unforgettable person in the family lineage with your superb success story.
It’s your best friend.
With it!! You’ll be whatever you wanted to be.

krdt;..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s