Catatan 129

Aku serba tak kena hari ini. Masuk ke kelas, aku berpusing-pusing mengelilingi meja murid. Sekejap mencari bahan di kelas ini, sekejap lagi menyeberang mencari bahan di kelas sebelah, sekejap lagi menyeberang ke kelas ini…..berjalan-jalan lagi berpusing mencari sudut sesuai untk memulakan bicara induksi.

Ntah di mana silapnya. -Vkvkv- plak duduk di kerusi bersama murid. Aku menjadi serba tak kena. Ntahlah aku tak bole nak mengajar. Hilang idea sekejap.

Mungkin lidah kelu hendak memulakan¬† bicara. Iyer…aku tak boleh tengoklah muka dia. Jatuh hati dibuatnya. Heheeeheee….! Tetapi minggu lalu, bole plak. Macam nak peluk lagi.

“Macam bercinta lah cikgu ini…!” Iyer begitulah komen beberapa hari selepas tamat Syawal lalu, yang aku memberitahu yang aku kini serba tidak kena bila tengok dia. Memang kami kini ditakdirkan sekelompok yang sama. Tetapi dulu aku boleh lagi. Sekarang sejak dia tahu yang aku yang jatuh hati kat dia gara-gara persis sebijik buah epal macam buah hatiku dulu, aku menjadi tidak keruan.

Lima minit pun ada, aku berpusing-pusing tadi. Sebelum itu, sempat dia memberitahu….

“Cikgu *****, ini baki duit hari tu.”

“Dua puluh sen jer…”, aku bertanya.

“Haa ah…”, dia menjawab.

Langsung aku tak tengok muka dia. Malu ada. Segan ada. Berdebar-debar pun ada. Ntahlah……! Tapi, yang pasti aku memang jatuh hati kat dia.

Lalu, dalam keadaan aku serba tak kena itu…-vkvkv- keluar sekejap dari kelas.

Hmm….legalah sikit. Barulah aku boleh duduk di kerusi murid.

Apabila dia masuk semula, aku mula gabra semula….tak bole mengajar.

Lalu aku mengajak murid duduk atas lantai menyusun bahan-bahan sambil mengajar. Dia mungkin perasan sambil memerhatikan aku sambil dia duduk atas kerusi. Selepas selesai aktiviti menyusun bahan, aku beranikan untuk duduk….tetapi jauh tak memerhati dia. Betul aku tak boleh tengok dia hari ini.

Tapi pagi-pagi, rindu plak nak tengok dia. Maklumlah dah dua hari tak nampak. Berbaju batik hijau gelap, aku tenung wajahnya dari tempat duduk sambil dia berdiri betul-betul di depan ku.

Hmm…. Cantiknya bakal isteriku…..

abhmata1

Aku ucapkan dalam hati jer…! Takkan aku nak cakap. Gila!

Subhanallah….! Apalah aku ni…

Jangan pening ye akak bila baca catatan ni. Santai n suka-suka jer..

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s