Catatan 128

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu

…..

(krdt: Pencipta lirik dan lagu ini)

 

 

Seketika aku terkejut… semasa menghayati lagu ini…..tetiba…

 

“Tentu abang sedih kan dengar lagu ini!”….sambil menitis air mata…

Eh plak…aku dah kering air mata menangisi perjalanan hidup ini. Ia menjadi memori berharga yang amat sukar untuk aku lupakan.

Terima kasih -vkvkvk- kerana mengajar erti sebuah pertemuan…kerana darinya aku belajar sebuah perpisahan!

“Semoga kita bahagia dengan perpisahan ini yer! Sayang tak sanggup melalui ujian dan dugaan ini lagi. Ada orang kata, mungkin kita tak akan bahagia bila berkahwin nanti! ” …….iya, ini lebih kurang ungkapan terakhir yang aku terima dari Muslimah Impianku, setelah hubungannya dengan aku ‘kantol’ diketahui oleh keluarganya untuk kali kedua.

Dua atau Tiga bulan sebelum itu….setelah sekian lama tidak berhubung kerana dia sendiri yang memutuskan untuk mengakhiri impian hidup bersama….tetiba suatu petang, dia menghubungiku untuk menyambung perpisahan yang terjadi.

“Abang….sayang minta maaf atas keputusan untuk mengakhiri perhubungan kita dulu. Tiga bulan sayang rasa tak boleh melupakan impian hidup kita. Harap, abang dapat menerima sayang semula”

Syahdunya masa itu, masing-masing menahan ujian perpisahan impian hidup yang bakal dibina. Masing-masing menahan rasa rindu kerana terpaksa berpisah kerana tidak mendapat restu keluarga. Eh, bukan keluarga…. tetapi bapak angkat tirinya sahaja! Yang lain-lain ok sahaja. Garangnya bakal bapak mertuaku dulu…..! Ingat catatanku dulu…bila bakal emak mertuaku di baling dengan ikan goreng semasa tengah mengajar ngaji anak-anak muridnya.

https://mkmutiarakencana.wordpress.com/2012/10/13/terimbau-kenangan-lalu-vol-9/

Sungguh sukar untuk aku menerima ujian ini. Ya, kita perlu redha. Alhamdulillah….aku perlu menerima ini sebagai kifarah dosa-dosaku. Ia cinta hanya antara makhluk…..

Lima tahun aku frust….

“Jangan tak kawin yer Lan….!”, emak menasihati dan memberi motivasi untukku. Hati ini tertutup kepada perempuan. Cinta kepada Allah itu yang utama.

Kerana frust kepada Cinta Petama aku berhenti dengan notis 24jam meninggalkan tempat aku bekerja sebagai Jurutera. Kerana frust juga aku merekabentuk sebuah model nisan dan kepok mini ukiran kayu dan bervarnish kilat dihiasai batu marble putih terukir fatihah dan impian bersama. Model batu nisan dan kepok itu aku hadiahkan untuk Muslimah Impaianku sebagai hadiah terakhir.

kepoknisan

Banyak juga orang yang ‘merisik’ ku bagai anak dara dalam tempoh itu. Tetapi setelah posting sebagai pendidik, aku perlu redha semula setelah aku ‘terjumpa Muslimah Impianku’ baru beberapa bulan aku berkhidmat.

Iyer…. seiras!!?? Iya mungkin… Pelanduk dua serupa?? Ohh…tidak! Dia bukan pelanduk!

….aku bahagia melihat sahabat istimewaku bahagia….

terima kasih -vkvkv-…

tak lupa juga…terima kasih ustazah….. dialah akak aku di sini…

Saja kak, mencatat kenangan lama di sini. Ia bukti bagaimana akak akan menilai adik akak ni… Dulu lurus bendul, tetapi sekarang banyak belajar daripada akak. Amacam…sesuai tak jadi anak sedara….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s