Catatan 127

Tersebutlah kisah sepeninggalannya, aman sedikit diri ini. Rasanya, semakin tenteram sedikit tanah jajahan yang ditinggalkan. Bagai banyak kenduri kesyukuran dari reaksi setiap pacal yang dianggap kecil. Tak tahulah bagi yang mengampu. Bagi diri ini, sekali hitam, hitamlah untuk sekian kalinya. Tak perlu diulang seribu kata manis atau berubat krim pemutih! Kalau jadipun bertompok-tompok. Ingatkan nak jadi Kiu Puteh! Kiu Tompok plak jadinya nanti. Kalau kucing, dah lama dipanggil Si Tompok! Meouw…meaouu…! Tapi ini bukan Tan Miao Hui….! Tolong jangan viralkan yer…kena saman nanti…

Beberapa minggu lalu, bertanya seorang kawan “Parameswara ada telefon!!??”

Hhhhh…dengar namanya pun dah geram! Perginya pun, malas aku nak raikan. Jamuan pun, tak lalu aku nak makan. Nasib baik…  tak hadir. Kesimpulannya….. jangan sombong sangat dengan pangkat dan kedudukan. Kini baru tahu, bumi yang dipijak tu rata ke tidak!?  Kena tahu mana lurah, mana bukitnya!. Kalau tak tersandung pun, sekurang-kurangnya kenal mana busut, mana sarang penyengat! Kalau tak dilangkah, jangan dipijaknya semua semut!

Aku belajar dari semangat semut yang rajin dan tidak kenal putus asa. Aku bukan ratu. Aku rakyat biasa sahaja yang diberi amanah dan tanggungjawab. Aku tak retilah nak mengampu-ngampu ni. Diam tak bererti tiada suara. Mewah tak bererti kaya segalanya. Sampai masa, aku pun berundur juga. Aku bukan hendak menongkat langit.

Biarlah Parameswara belajar sendiri macam mana nak mengurus aset di negara baharunya setelah berusaha untuk mendapatkan maklumat dari kawan tadi.

rich

 

Tetapi -vkvkv- ……. ntah tahu ke tidak, apa yang aku maksudkan. Biarlah… ini tak ada kena mengena dengan dia. Ini catatan santaiku sahaja…

Kalau untuk -vkvkv- Picture2a1….. ini catatan rasaku untuknya, ke bukit sama di daki…ke lurah sama dituruni….tentunya ke laut sama direnangi. Moga tercapai impianku.

Hai…malam jumaat ni…. tengah wat apatu ustazah…!!? Hmm…srrr..serrr…serrrrr…!! Saya sekarang tengah amalkan rahsia ustazah… psstttttt……. moga ilmu berpanjangan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s