Catatan 123

Aku panggil engkau ni supaya jangan nampak yang kita ni rapat….! Supaya tak nampak kita ni macam pilih kasih. Kita ni banyak persamaan. Harap awak dapat buat teruskan kerja.

Ok. Terima kasih. Dialah bos yang aku amat hormati tika ini.

Dong..!!!! Terkejut beta apabila dia mengetuk meja, meninggikan suara. “Pekeliling ada….kena ikut!”.

Semalam itulah antara intipati aku kena panggil. Aku mengakui yang aku ada meminta pekeliling! Tapi aku salah ke??? Nak tahu pekelilingnya mana pada seseorang kawan. Bukan seseorang ler….! Tetapi tak sangka kerana itu juga aku kena menjawab persoalan itu. Apapun aku minta maaf, jika anak kapal ini perlu dibuang oleh nahoda kapal untuk santapan ikan nun!

Oh…nabi Nuh! Aku tak selayak nabi Nuh akan ujian yang diterima.

Hmm…kali ini bukan topik Nabi Nuh yang aku nak cerita. Bukan juga topik kapal seperti mana dua catatan sebelum ini. Cukuplah catatan kapal tu. Sikit-sikit tu biasa lah….normal….penyeri dalam sebuah novel. Itu kata ustazah pada topik catatan aku dalam Catatan rasa hari ini, esok dan semalam….!

Ehh…ustazah lagi yerk! Cam dah jadi pelakon utama plak dia ni. Tak apa sesekali pelakon tambahan kena memainkan peranan utama di kala pelakon utama nampak malap. Supaya jalan cerita tak boring. Pengarah kena bijak mengolah sudut cerita agar tidak membosankan audien yang menjadi sasaran. Plot cerita jangan berubah. Yang penting hero dan heroin akan menjadi watak utama sehingga penghujung cerita.

Agaknya bagaimana pengakhiran jalan cerita catatan ini. Tunggu!! Tentu hero ingin cepat mencapai matlamat yang diimpikannya, walaupun tika ini heroin seperti acuh tak acuh sahaja.

Tak apa….! Sabooooo…..! Aku bahagia melihat dia hari ini. Sempat juga aku merisik-risik kepada ustazah..! “Camana hari ini nampaknya orang tu tak ada peluang!”, dia menceritakan hajat kecilku.

Iyalah…akak pun tanya juga tadi nampaknya orang tu tak sampai hajatnya yang nengok awak solat….

Nak wat camana!! Coooti….

Itulah makluman yang aku terima.

Lantas bila berpeluang aku berselisih dengannya tadi, dalam debaran hati ini aku bertanya sendiri kepadanya….

“A****…..! Tak sampai hajat saya nak tengok awak!”

“Ha aah…! Tak boleh nak wat camana?”, balasnya ringkas sambil tersenyum melihat aku.

Walaupun tak semanis yang aku harapkan tentang situasi pada hari ini, tetapi perbualan ringkas selepas daripada itu membuatkan aku sejuk sedikit gelora rinduku buat -vkvkv-!

Dengan blaus merah berbunga berseluar panjang hitam, aku memerhati raut wajahnya, bulat berkaca mata, senyum manis padaku bila aku sapa tadi.

Hai…kalaulah dia isteriku. Seronok agaknya…

Walaupun dia tak boleh solat tadi, tetapi bila habis nanti….boleh aku solat berjamaah dengannya lagi. Aku rindu nak nengok dia bertelekung SK! Tapi apakan daya…Hajat Tertangguh!

Mudah-mudahan hajatku termakbul suatu masa nanti.

Doakan saya yer ustazah…! Setakat mendoakan yang baik tak salahkan ustazah!!!?

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s