Catatan 119

Petang-petang Jumaat begini menjadi sesuatu yang amat syahdu buat diri ini. Di waktu beginilah dulu, aku meluangkan waktu untuk menghubungi insan istimewa mahupun bakal ibu mertuaku. Di waktu begini juga aku jarang keluar untuk site visit melihat projek syarikat yang diamanahkan untukku memantau.

Bekerja sebagai Profesion Jurutera di sebuah syarikat perunding alam sekitar mengajar aku erti selok belok perniagaan dari pemasaran, teknikal, pesanan barang mahupun aplikasi produk di sektor perawatan kumbahan, perapi tanah, oleokimia, petrokimia serta industri hiliran lain.

industry-petrochemical-synthesis-smr

“Makcik nak sangat jumpa A****…. ” begitulah antara kata-kata semangat yang biasa dituturkan bila aku meluangkan waktu menghubungi ibu Muslimah Impianku. Waktu itu pun dicadangkan kerana pada waktu itu biasanya suaminya masih belum balik dari masjid kerana solat Jumaat. Biasanya dia akan balik rumah selepas waktu asar. Hari lain aku tidak diberi kebenaran untuk menghubunginya kerana pakcik akan soal siasat siapa yang telefon, siapa aku dan lainnya.

Pernah juga aku tengah berborak dalam telefon, suaminya balik dari masjid….lantas, cepat-cepat dia menyorok ke bahagian lain dan menyudahkan perbualan antara kami. Hai…

“Makcik takut dengan pakcik….nanti dia tanya macam-macam!” Apapun bakal ibu mertuaku juga tahu yang anaknya juga tidak dibenarkan berkawan dengan aku oleh bapak angkat tirinya itu. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain seperti dua orang kakaknya (serta abang ipar) yang juga anak angkat dalam keluarga mereka.

Kerana itu, bila dah ditakdirkan waktu cam itu juga akan menyebabkan hari petang jumaat sentiasa aku nantikan. Sehinggalah kalau aku nak datang waktu jumaat petang sahaja yang dicadangkannya. Kerana itu, aku akan jadualkan rutin kerjaku akan ada di pejabat pada setiap petang hari Jumaat. Aku juga akan pastikan kerja-kerja melawat tapak akan aku langsaikan pada rabu atau khamis sementelahan pula pagi jumaat aku sibuk di pejabat menyiapkan kerja-kerja teknikal, membuat laporan atau mengemaskini pesanan pelanggan.

Selepas solat Jumaat di Masjid yang banyak menyimpan memori zaman bujang, waktu itu seolah-olah aku yang punya. Namun aku sendiri pun tidak menyangka profesion Jurutera pun aku tinggalkan. Pusing 360 darjah. Aku tidak terfikir hendak menjadi cikgu masa itu. Segalanya hanya kerana aku frust pada Kenangan Cinta Pertama.

Ntahlah aku bina impian itu semasa aku belajar dalam bidang engineering manakala dia pula dalam bidang pengajian usuluddin and comparative religion. UTM dan UIA….kampus berbeza….bidang berbeza….namun masing-masing menbina impian yang sama. Pelbagai ujian dan dugaan yang akhirnya …

bagai di penghujung bait-bait lagu KEKASIH…

Kasih
Telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda agungnya cinta kita
Kasih
Telah kubinakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Mekar menghiasi taman kasih kita
Dan diiringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menungguku
Kerna takdir kurelakan jua

Kekasih
Akan kupahatkan doaku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih
Akan kusirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Oh andai takdir
Kita bersama lagi
Kuingin hidup bahagia bersamamu

…..

Aku mencatat kenangan ini sambil iringan lagu

KEKASIH Devotees

cropped-65949_161445090546715_8090402_n.jpg

Apapun impian hari esok tetap positif untuk diri ini. Terima kasih -vkvkv-….! Terima kasih ustazah….! Ehh ustazah lagi….hmmm mana tahu dapat jadi anak sedara….

Bukan sahaja petang jumaat….tapi malam jumaat lagi…heheeheee….

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s