Catatan 115

Ntahlah…kekadang aku bosan dengan hidup ini. Apa yang hendak dicari. Kerja-kerja yang aku lakukan bukan tujuan hidup yang utama. Pastinya untuk aku, niat perlu sentiasa diingatkan.
Tujuan kita hidup di dunia yang fana ini hanyalah untuk mengabdikan diri kepadaNYA. Iya….benar! Jangan leka….jangan lalai….

Semoga seluruh kehidupan berada dalam keredhaan Allah S.W.T.. Seorang Muslim itu adalah Khalifah Allah S.W.T. di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah S.W.T. serta melaksanakan kewajipan ber’ubudiyyah kepada Allah S.W.T. semat-mata. Oleh yang demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu ibadah kepada Allah S.W.T

“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” – Surah az-Zariyat: ayat 56.

Jangan leka ya….. Jangan leka ya….. Jangan leka ya… Aku mengingatkan diriku ini yang kekadang leka. Ya jer kadang…. Macam sentiasa jer.

Astaghfirullahal a’zim…. Ampunkan segala dosa-dosaku Ya Allah. Ampunkan dosa-dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, guru-guruku, sahabat-sahabatku, juga sahabat istimewaku, seluruh muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat…Amin3….10250088_919149254777977_5416763959543333551_n

Semalam aku terbaca bahan dari fb ku….satu ingatan untuk diri ini…

Dia yang berkopiah, dia yang berserban. Dia yang bertudung labuh dan dia yang berpurdah.
Kadang buat dosa, kadang buat silap dan kadang dirinya terbabas jugak.
Dia bukan ‘malaikat’, dia juga seperti kalian. Bukan maksum tapi pendosa
Mungkin dia sedang belajar, mungkin dia sedang berhijrah. Ingin kembali kepada fitrah dan ingin terus bermujahadah
Maka,
Tegurlah, bukannya menghukum.
Sayangilah, bukannya memfitnah.
Maafkanlah, bukannya membenci.
Mudahkanlah, bukannya menyusahkan.
Kepada sahabat
Allah itu ada, sentiasa ada dan tak pernah tidur, tak pernah leka mahupun pelupa.
Allah mendengar setiap doa doa hambaNya.
Allah dengar, Allah tahu dan Allah nilai.
Berdoalah,
Pohonlah agar dirimu diberi kekuatan untuk memartabatkan agamaNya di muka bumi ini.
Istiqomah hingga kemenangan

Moga Allah sayang.
Moga bermanfaat.
Krdt: Tazkirah di fb 23:13 2182016

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s