Catatan 114

Betulkan niat! Bukan kerana -vkvkv- aku menulis. Iya…mungkin catatan ini kesinambungan dari catatan rasa hari ini, esok dan semalam! Tetapi ia hanya sebahagian kisah dari banyak kisah yang kulukis dalam paparan kenangan perjalanan hidup ini.

Subhanallah! Indahnya paparan lukisan hidup yang kulakar dalam hidup ini. Lepas satu, satu…lepas satu, satu…! Hmmm…salah tu! Lepas satu kan dua, lepas dua tu tiga. Baru betul…..! Nanti marah cikgu matematik. Tetapi murid LD ler katakan. Kena bayak saboo… tu yang lepas satu, satu lagi…lepas satu, satu lagi….bila ntah nak masuk dua. Tunggulah…biar betul-betul kenal satu tu apa…baru masuk dua. Dah yang satu tu…dah biasa kenal yang lagi satu tu…baru masuk ler dua! Tak gitu… mengajar tu kena tahu pedagoginya…

Tapi trademark ku ###103 pun ramai orang tak perasan. Termasuklah ustazah! Setelah aku jelaskan baru dia perasan. Heheeheee…! Hai ustazah! Watak ustazah kini wujud dalam catatan kesinambungan catatan rasa hari ini, esok dan semalam. Tetapi rasanya tidak wujud dalam catatan legasi cinta pertama. Tetapi kalau wujud pun mungkin “ter”….! Jangan marah yer ustazah.

Ustazah antara peribadi yang sangat aku hormati di tempat kerjaku sekarang. Selayaknya beliau antara orang yang menjadi sumber rujukan. Maklumlah aku ni tak ada kakak. Jadi dia antara orang yang banyak memberi nasihat untuk aku. Cuma dulu plan nak duduk berjiran jer tak jadi. Tak apalah, mana tahu ada rezeki jadi ‘anak sedara’ pun tak apa. Amin… amiin.. amiiin….

Hmmm….susah plak internet sehari dua ni. Lambat… susah betul nak post catatan ini.
Siap aku menebas rumput dan pokok ubi serta mendapatkan hasil pisang yang kutanam di rezab kerajaan. Dan apabila penat kutatap semula catatan ini.

Aku dulu mengimpikan lukisan impian hidup yang lebih indah dari apa yang aku catat kini. Namun dah itu suratan. Bukan sahaja perhiasan hidup, tetapi segala-galanya….dari belajar… kerjaya…keluarga…anak-anak …Sambung Master …Umrah ….Haji dan lain-lain! Kerana itu, perhiasan hidup yang aku impikan adalah 90% seiras Muslimah Sejati semasa usiaku meningkat belasan tahun menuju awal 20-an yang mana merupakan perjalanan hidup yang aku inginkan.

Iya…. catatan Mutiara Lautan Dalam melakar kenangan manis dan indah bersama “-VKVKVK-“ yang kini sentiasa aku rindukan. Ia umpama permata yang hilang dan sukar untuk kucari ganti. Aku amat merindui detik itu.

Sayangnya catatan manis Mutiara Lautan Dalam yang aku failkan itu lesap ntah ke mana seiring perginya Muslimah Sejati yang aku impikan. Pahitnya kehilangan ini. Sukarnya untuk aku melupakan impian hidup yang telah aku bina dahulu. Lantas aku cari semula kenangan yang terakam…

Namun aku sedar… watak “-VKVKV-“ yang hadir dalam ‘catatan rasa hari ini, esok dan semalam’ serta kesinambungannya dalam ruangan ini sekadar pengubat rindu pada impian lalu. Memang, dia seiras bak sebiji buah epal….tetapi dia hanya sekadar satu pertiga dari watak “-VKVKVK-“ dalam catatan Mutiara Lautan Dalam yang telah hilang.

Mungkinkah dapat kugapai kembali “Mutiara” yang aku impikan. Aku sedar kelemahan diri ini Ya Allah. Aku tidak laPicture1....abk2abkyak untuk memiliki “Mutiara” yang aku impikan. Mungkin diri ini belum menjadi Muslim Sejati yang setanding Mutiara Lautan Dalam. Realitinya, Mutiara Lautan Dalam umpama permata yang telah kugapai dan hilang tanpa daya untuk kugenggam. Dan, Permata Yang Kucari itu sentiasa akan kurindui hingga akhir hayatku.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rizki yang mulia (surga).”
(Qs. An Nur:26)

 

Leave a comment