Catatan 103

Tiba-tiba tengah mengajar tuisyen, pintu bilik dibuka setelah diketuk dari luar….
C****….terima kasih bagi buah! Begitulah lebih kurang yang aku dengar. Hmm…cepat-cepat aku mendapatkannya dengan berlari ke muka pintu seakan nak tahu apa yang diucapkannya. Gerakan spontan aku meninggalkan tugasan semasa untuk seketika dan mendapatkannya seperti sepantas kilat aku lakukan bagi mengabadikan detik-detik manis yang sentiasa aku tunggu.
Sama-sama…, jawabku lirih.
Balik kul baper? Dia bertanya, sambil tercegat memegang daun pintu sementara aku berdiri di sebelah dalam.
Empat setengah… balasku ringkas.
Ingatkan kul empat… dia bertanya lagi sambil menoleh ke kanan mungkin memandang ke pejabat.
Jap lagi… balasku.
Ok, lah….
Ok…

Dia pun meninggalkan aku lalu dia pun pulang.
Hmmm…seronoknya kalau dia dah jadi isteriku nanti.
Perasaan gembira umpama terbang di awang-awangan.
Aku bersyukur kepadaMu kerana mengatur semuanya ini.
Sebelum itu, diberitakan yang dia akan menyumbang makanan dan minuman untuk aktiviti yang akan aku anjurkan.
Alhamdulillah. Syukurku hanya padaMU ya ALLAH kerana diberi kemewahan dan kegembiraan pada perasaanku ini. Mudah-mudahan berpanjangan lagi.

Dan esok, dijangkakan aku akan mengendalikan aktiviti yang aku rancang. Aku tidaklah meletakan namanya sebagai aktres utama. Namun jauh di sudut hati ini sentiasa mengharapkan agar dia memainkan peranan penting membantuku walau dia hanya sibuk di belakang tabir. Aku senang bekerja bersamanya. Segalanya akan kunantikan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s